no comments

Kajian Sistematik: Kualitatif atau Kuantitatif?

Kajian sistematik adalah di mana pengkaji mengkaji semula persoalan yang telah diformulasikan secara jelas yang menggunakan kaedah sistematik dan boleh dihasilkan untuk mengenal pasti, memilih dan menilai secara kritis semua penyelidikan yang relevan, serta untuk mengumpul dan menganalisis data daripada kajian.

Kajian sistematik mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut:

  1. Menjawab persoalan yang telah difokuskan dalam kajian.
  2. Mempunyai strategi carian komprehensif dan boleh dihasilkan semula
  3. Mengenal pasti semua kajian yang relevan (sama ada kajian tersebut diterbitkan atau tidak diterbitkan)
  4. Menilai semua kajian lepas sama ada boleh dikaitkan atau dikecualikan dan penilaian kualiti dalam kajian yang akan dijalankan.
  5. Membentangkan ringkasan penemuan kajian yang seimbang dan tidak berat sebelah (bias).
  6. Melibatkan beberapa orang penyelidik untuk mengenal pastipersoalan kajian yang rumit.
  7. Kajian sistematik boleh mengambil masa sama ada bulan atau bertahun-tahun untuk menyelesaikannya.

 

Kajian sistematik boleh berupa kuantitatif atau kualitatif

Kajian sistematik kuantitatif akan merangkumi kajian yang mempunyai data berangka iaitu dalam nilai-nilai angka tertentu. Kajian sistematik kualitatif merangkumi data daripada pemerhatian, wawancara, atau interaksi lisan dan memberi tumpuan kepada makna dan tafsiran para peserta. Ia termasuklah kumpulan fokus, temu bual, pemerhatian dan buku harian.

 

Langkah-langkah dalam kajian sistematik

Kajian sistematik melibatkan langkah-langkah berikut:

  1. Semak kajian lepas / protokol sedia ada. Jika sudah terdapat kajian sistematik yang menjawab persoalan anda telah dijalankan, atau sedang dijalankan, anda mungkin perlu meminda atau memperbaiki persoalan kajian anda.
  2. Merumuskan satu persoalan kajian khusus yang jelas dan terfokus. Gunakan alat PICO (untuk tinjauan kuantitatif) atau PICo (untuk tinjauan kualitatif).
  3. Membangun dan mendaftarkan protokol anda, termasuk rasional untuk kajian, dan kriteria kelayakan.
  4. Mereka bentuk strategi carian yang jelas dan boleh dihasilkan.
  5. Menjalankan pencarian menyeluruh kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan mencari pangkalan data yang relevan melalui pelbagai sumber.
  6. Memilih dan menilai kualiti kajian lepas yang telah ditemui.
  7. Mengekstrak data yang relevan dari kajian individu dan menggunakan kaedah yang telah ditetapkan untuk mensintesis data.
  8. Membuat penerangan hasil penemuan kajian anda dan sediakan laporan menyeluruh mengenai semua aspek kajian sistematik anda.

Sumber: libguides.library.curtain.edu.au

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL