no comments

Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR)

Menurut Richey dan Klein (2007), Kajian reka bentuk dan pembangunan adalah “the systematic study of design, development and evaluation processess with the aim of establishing an empirical basis for a creation of intructional and non-instructional products and tools and new or enhanced moduls that govern their development.”. Ia merupakan kajian sistematik pada reka bentuk, pembangunan dan proses penilaian dengan tujuan membentuk dasar empirik untuk pembinaan produk instruksional atau bukan instruksional, alatan-alatan, modul baru atau ubahsuaian yang menetapkan perkembangan pembangunan produk tersebut. Richey, Klein dan Nielson (2004) menjelaskan bahawa kajian reka bentuk dan pembangunan akan membawa salah-satu daripada ciri-ciri berikut:

  1. Kajian proses reka bentuk yang khusus, usaha pembangunan dan impak ke atas proses tersebut.
  2. Seseorang pengkaji membuat aktiviti reka bentuk pengajaran, melakukan pembangunan dan penilaian dan dalam masa yang sama mengkaji proses tersebut.
  3. Kajian yang melibatkan reka bentuk, pembangunan, penilaian dan proses keseluruhan atau proses satu bahagian tertentu.

 

Rickey (1996) membahagikan kajian reka bentuk dan pembangunan kepada dua jenis:

  1. Kajian tentang pembangunan produk atau program yang spesifik iaitu reka bentuk, pembangunan dan penilaian produk tersebut.
  2. Kajian tentang proses reka bentuk, pembangunan dan penilaian proses tersebut.

 

Perbezaan di antara kedua jenis kajian reka bentuk dan pembangunan adalah seperti berikut:

Jenis 1 (Kajian Produk)

Konsep: Kajian mengenai produk atau reka bentuk program yang spesifik, pembangunan produk/ prototaip produk dan penilaian produk.

Produk: Penilaian produk, pengajaran yang didapati daripada pembangunan produk yang spesifik.

Kesimpulan: Kesimpulan yang khusus pada produk sama ada produk atau prototaip produk tersebut menepati objektif, kelemahan dan kekuatan penggunaan produk tersebut

 

Jenis 2 (Kajian Model)

Konsep: Kajian mengenai proses yang melibatkan proses reka bentuk, pembangunan dan penilaian.

Produk: Penilaian prosedur, model reka bentuk, pembangunan dan situasi yang menyokong penggunaannya.

Kesimpulan: Kesimpulan yang umum dan tidak melihat secara khusus tentang produk tetapi kepada prosedur, proses dan situasi yang menyokong penggunaannya.

 

Sumber: studentsrepo.um.edu.my

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL