no comments

Kajian Kuantitatif?

Kajian kuantitatif adalah probability, incorrect estimation dan bias !

1. Kalau anda belajar statistik, bermula dari pengiraan min populasi dah wujud estimation. Lepas tu ada variance dan sisihan piawai yang juga estimation.

2. Kemudian nak kira taburan normal populasi tak tahu mean dan sisihan piawai, maka diwujudkan estimation kepada min dan sisihan piawai bagi taburan sampel, yang juga satu estimation dimana ia semata-mata berdasarkan probability bukannya empirical information.. sila jgn tak tahu…

3. Lagi advances statistik lagi banyak dikaitkan dengan estimation dan errors.

4. Kalau anda kata data kualitatif bias, data kuantitatif penuh dengan estimation yang diikuti error. Ini belum termasuk bias semasa menjalankan kajian untuk mendapatkan data kuantitatif tersebut.

5. Maknanya kajian kuantitatif dipenuhi dengan estimation, error dan bias. Ini belum lagi yang guna data kategori pi balun buat statistik parametrik !

6. Jadi jangan terkesima sangat dengan data2 berceranggah yang diperolehi sambil menjeling kepada data qualitatif yang kononnya bias, sedang data sendiri pun estimation dengan error dan bias dengan taburan yg skewed !

7. Setakat dakwaan boleh buat generalisasi pun tak kemana, siapa yang nak generalisasikan tu? Apanya yang nak digeneralisasikan sekadar hubungan antara IV dan DV?

8. Sekurang-kurangnya data kualitatif ada membawa makna dan boleh difahami dengan mendalam.

9. Bukan nak banding APPLE dengan ORANGE, sebab setiap pendekatan kuali atau kuanti ada keperluannya. Aku sekadar menyampah bila APPLE dakwa dia lebih baik tapi ntah tahu ntah tidak data sendiri hanya estimation dengan errors dan bias juga.

10. Aku orang kuantitatif, aku tahulah

 

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL