no comments

Kajian Kritikal

Menulis Kajian Kritikal

Tidak ada format khusus untuk menulis ulasan kritikal (contohnya, anda mungkin memilih untuk meringkaskan dan kemudian menilai, atau anda mungkin memilih untuk menggabungkan kedua-dua aspek ini), walau apa pun cara yang dipilih, penulisan anda harus memasukkan perkara-perkara berikut:

  1. Pengenalan: Perenggan pertama anda harus membiasakan pembaca dengan buku atau artikel yang anda akan bincangkan, serta penilaian anda sendiri mengenai topik itu. Nyatakan tajuk dan pengarang buku serta berikan gambaran ringkas tentang hujah pengarang. Kemudian berikan hujah anda sendiri mengenai keberkesanan buku atau artikel yang mana ianya merupakan tesis anda. Jadikan hujah anda lebih mengkhusus kepada topik dengan memberi sebab utama untuk anda melakukan penilaian buku atau artikel. Jika tugasan anda juga meminta anda untuk meletakkan bukuatau artikel di dalam konteks masalah yang lebih besar, pengenalan anda juga harus menyebutkan hubungan penting antara artikel atau buku dengan isu-isu lain.

 

  1. Ringkasan: Gunakan bahagian ini untuk membiasakan pembaca anda dengan hujah pengarang. Terangkan pendirian penulis mengenai topik itu, dan perkara utama yang diutarakan untuk menyokong hujah. Huraikan kesimpulan penulis mengenai topik tersebut.

 

  1. Penilaian (Kritikan) Artikel atau Buku: Ini adalah bahagian paling penting dalam penulisan anda. Ingat, anda tidak menulis mengenai sama ada anda bersetuju dengan penulis atau tidak; Sebaliknya, tugas anda untuk menentukan sejauh mana hujah penulis berkesan. Berikut adalah beberapa kriteria yang anda boleh gunakan untuk membuat kritikan:
  1. Adakah penulisan jelas? Adakah gaya penulisan penulis tersebut membuat hujahnya jelas, atau adakah ia mewujudkan kekeliruan yang tidak perlu?
  2. Berapa kuat hujah pengarang? Adakah perkara utama (main point) penulis menyokong hujah dengan berkesan? Adakah hujah itu diatur secara logik?
  3. Adakah terdapat tanda-tanda berat sebelah (bias)? Adakah penulis menyebut semua isu, atau meninggalkan hujah-hujah yang penting? Apa yang anda tahu mengenai pengarang? Adakah terdapat apa-apa latar belakang pengarang yang mungkin menyebabkan berat sebelah?
  4. Apakah sumber yang diambil oleh pengarang? Adakah sumber tersebut boleh dipercayai? Adakah dia menggunakan hanya satu jenis sumber? Adakah sumber penulis sesuai dengan hujah?
  5. Aspek-aspek yang manakah hujah pengarang yang anda dapati paling meyakinkan atau paling tidak meyakinkan?

*Ingatlah bahawa anda perlu menjadi lebih khusus (specific). Sebagai contoh, jika anda merasakan penulisan pengarang adalah tidak jelas, terangkan mengapa. Anda mungkin memberi contoh untuk menunjukkan maksud anda kepada pembaca. Jika anda merasakan hujah pengarang tidak meyakinkan, berikan alasan kepada penilaian anda.

 

  1. Kesimpulan: Dalam kesimpulan, anda akan menyatakan semula perkara utama penilaian anda (anda tidak perlu menyatakan semula ringkasan buku atau artikel). Kesimpulannya juga merupakan peluang untuk memberi penilaian keseluruhan buku atau artikel anda. Anda juga boleh menawarkan ulasan akhir mengenai aspek tersebut sebagai sumbangan buku ke lapangan, atau kemungkinan untuk kajian lanjutan.

 

Menulis Kajian Literatur

Kajian literatur adalah jenis kajian kritikal di mana anda menganalisis dan menilai banyak sumber bagi topik tertentu. Tujuannya adalah untuk menyediakan pembaca dengan gambaran keseluruhan penyelidikan yang telah dilakukan bagi topik anda dan untuk menilai sumber-sumber yang anda kaji. Anda mungkin akan menyatakan maklumat yang kurang terperinci mengenai setiap sumber yang anda masukkan dalam kajian kritikal terhadap sesebuah buku atau artikel. Sebaliknya, anda akan memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting yang berkaitan dengan topik anda.

 

Seperti dalam kajian kritikal, anda akan menilai keberkesanan hujah para penulis. Anda juga akan menunjukkan bahagian di mana penyelidikan telah banyak dilakukan, serta bahagian di mana penyelidikan masih perlu dilakukan. Ia juga penting untuk membandingkan sumber antara satu sama lain, menunjukkan di mana mereka bersetuju atau tidak bersetuju dengan satu sama lain. Ingat, anda juga perlu memberikan penilaian yang menjelaskan penulisan penulis yang anda dapati lebih persuasif dan terangkan mengapa.

 

Terakhir, anda akan membuat kesimpulan dari penemuan anda di mana anda perlu menerangkan tentang cadangan literatur tersebut secara keseluruhannya terhadap topik anda. Perlu diingatkan bahawa anda harus mengambil kira penilaian anda terhadap keberkesanan hujah penulis yang berbeza. Sekiranya terdapat aspek penting topik yang belum diteliti sepenuhnya, anda mungkin tidak dapat mencapai kesimpulan. Jika ini berlaku, anda boleh membincangkan mengapa lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan.

 

Sumber: www.umkc.edu

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL