no comments

JENIS-JENIS VIVA YANG PERLU ANDA TAHU

Perkataan viva amat ditakuti oleh ramai pelajar. Segala kerumitan, keperitan dan kepayahan menyediakan segala bahan untuk tesis bakal berakhir dengan keizinan dari tuhan supaya dapat hadir ke VIVA PRESENTATION. Viva sebenarnya berkaitan dengan bagaimana kita mempersembahkan hasil kajian dan pemeriksa juga tidak tahu semuanya tentang hasil kajian. Apa yang mereka mahu tahu ialah sama ada mempunyai pandangan yang tepat atau memahami konsep dalam subjek berkenaan.

Kebiasaannya, terdapat dua jenis viva yang akan diuji oleh pemeriksa. Pertamanya ialah pendekatan bab ke bab. dan yang kedua ialah pendekatan secara rawak.

Pendekatan bab ke bab bermaksud anda akan lebih tenang kerana anda boleh menjangkakan apa soalan yang bakal ditanya selepas soalan pertama dan sebagainya. Dalam pendekatan ini, selalunya pemeriksa akan ‘go through’ bab ke bab dimana bermula daripada bab pertama iaitu pengenalan, dan kajian literatur dan seterusnya.. Kelebihan menggunakan pendekatan ini ialah anda akan lebih tenang dan selesa semasa dalam proses viva. Walaubagaimanapun, disebalik setiap kelebihan yang ada, pasti akan ada jua kekurangan nya. Kekurangan dalam pendekatan ini ialah ia akan menyebabkan lebih lama masa yang diperlukan. Tetapi ianya juga bergantung kepada situasi. Kebiasaannya, jika terdapat perbincangan dan sesi perkongsian , anda mungkin tidak merasa bahawa ia memerlukan masa yang lama.

Pendekatan secara rawak pula bermaksud anda harus bersedia untuk setiap ‘point’ yang akan ditanya oleh pemeriksa. Misalnya, pemeriksa mungkin akan bertanya mengenai data anda dahulu atau findings anda. Oleh itu, anda perlu ingat kesemua dua pendekatan ini. Kelebihan yang akan dapat jika menggunakan pendekatan ini ialah masa yang diperlukan lebih singkat jika dibandingkan dengan pendekatan bab ke bab. Jika anda sangat bagus dalam mempertahankan tesis anda dengan pendekatan ini, pemeriksa akan cepat berpuas hati dengan prestasi yang anda berikan. Kekurangan dalam pendekatan ini pula ialah anda akan cepat berasa tertekan disebabkan perasaan gementar yang ada.

Jadi kesimpulannya, anda WAJIB bersedia dengan kedua-dua pendekatan ini. Anda boleh bertanyakan penyelia anda jika dia tahu pendekatan yang manakah pemeriksa akan guna.

Disini saya berikan tips tambahan untuk anda ketika dalam viva

  • Ketika mula melangkah masuk didalam bilik viva, sila senyum dan bertegur sapa dengan pemeriksa.
  • Sentiasa focus dan peka terhadap soalan daripada pemeriksa luar dan dalam sebelum menjawab apa-apa soalan tersebut.
  • Sentiasa beri jawapan yang ringkas dan tepat, dan terangkan dengan lengkap jika pemeriksa minta. Elakkan jawapan yang panjang berjela , tetapi tiada apa-apa point yang tepat
  • Setiap kekurangan yang ada dalam tesis akan membataskan anda

Dapat sesuatu tak daripada posting kali ini? 🙂 Semoga posting kali ini bermanfaat untuk anda semua.

Good luck in your viva yaaaa.

Sumber: Dr Nor Aida Abdul Rahman

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL