no comments

JENIS-JENIS KONSTRUK DALAM PEMODELAN PERSAMAAN BERSTRUKTUR

Selain daripada pembolehubah, terdapat beberapa jenis konstruk yang terlibat dalam SEM. Antara jenis konstruk yang perlu diketahui oleh para penyelidikan ialahh Konstruk Reflektif (Reflective Construct ), Konstruk Formatif ( Formative Construct ), dan Konstruk Aras Kedua (Second Order Construct ).

2.4.1 KONSTRUK REFLEKTIF

Seperti namanya, pengaruh konstruk ini “mencerminkan” pada item responsya. Oleh itu, anak panah satu hala enghala keluar dari konstruk kepada itemnya. Konstruk ini diukur dengan menggunakan beberapa item dalam soal selidik. Pada Kebiasaannya, penyelidik menggunakan Konstruk Reflektif dalam model struktur. Antara contoh-contoh Konstruk Reflektif ialah :

  1.  Repsepsi Kualiti ( Perceived Quality ) terhadap sesuatu perkhidmatan – diukur dengan mengguakan beberapa item dalam soal selidik.
  2. . Persepsi Kegunaan ( Perceived Usefulness ) terhadap sesuatu produk – diukur dengan menggunakan beberapa item dalam soal selidik.
  3. Pengetahuan Pekerja ( Employee Knowledge ) – pengetahuan yang iperolehi daripada menjalani program latihan tertentu.
  4. Kemahiran Pekerja ( Employee Skills ) – Kemahiran yang diperolehi pekerja selepas menjalani program latihan tertentu.
  5. Sikap Pekerja ( Employee Attitude ) – sikap pekerja terhadap tugas selepas menjalankan program latihan tertentu.

 2.4.2 KONSTRUK FORMATIF

Konstruk Formatif adalah konstruk yang “dibentuk” oleh beberapa pembolehubah tertentu. Pembolehubah yang membentuk konstruk formatif adalah diukur secara langsung, oleh itu tiada ralat pengukuran diperlukan.

Antara contoh konstruk formatif ialah :

  1. Status-Sosio-Ekonomi ( Socio-Econimic-Status ) responden yang dibentuk oleh tiga pembolehubah iaitu pendidikan ( Education ), Pekerjaan ( Occupation ), dan pendapatan ( Income )
  2. Prestasi Akademik Pelajar ( Student’s Academic Performance ) yang dibentuk oleh tiga penilaian yang dibuat iaitu Penilaian Individu ( Individual Assessment ), Penilaian Kumpulan ( Group Assessment ) dan Peperiksaan Akhir ( Final Exam ).

2.4.3 KONSTRUK ARAS KEDUA

Konstruk Aras Kedua ( Second Order Construct ) adalah konstruk yang dibentuk daripada beberapa sub-kontstruk hasil daripada prosedur Analisis Penerokaan Faktor ( Exploratory Factor Analysis, EFA ).

Konstruk Aras Kedua : Kualiti Perkhidmatan Pelanggan

Mengikut literatur, terdapat sebanyak 22 items yang dibina untuk mengukur konstruk kualiti Perkhidmatan. Setelah kajian rintis ( Pilot Study ) dibuat dan prosedur EFA dijalankan ( Sampel minimum 100 ), terdapat lima komponen yang terebentuk. Penyelidikan menamakan komponen ini mengikut tema item yang berada di dalam setiap komponen iaitu Realbility, Tangbility, Responsiveness, Emphaty, dan Assurance.

Sumber : Buku Pendekatan Mudah SEM

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL