no comments

Jawatan Kosong Proofreader (Pembaca Pruf)

Jawatan Kosong Proofreader (Pembaca Pruf)

MPWS Proofreading adalah sebuah syarikat yang memfokuskan kepada servis proofread untuk syarikat, organisasi mahupun para akademik dalam menyediakan tugasan. Kini sedang mencari individu yang berkebolehan bagi mengisi jawatan kosong proofreader samada secara sepenuh masa (full-time) mahupun separuh masa (part-time).

 

Dengan tagline ‘ Your No#1 Trusted Proofreading Service in Malaysia’, MPWS Proofreading terus melangkah bangga menyediakan servis proofread Malaysia untuk semua individu yang memerlukan.

MPWS Rich Proofreading was established in December 2013.

The company specializes in proofreading, editing and translation services and cater mainly for organizations, institutions, companies, business owners, entrepreneurs, and private or government agencies who need assistant to improve or translate their manuscripts.

We also cater the needs of postgraduate students, academicians and other members of the higher learning institutes (local and abroad).

Servis Proofreading Malaysia

Mengapakah Jawatan Kosong Proofreader Diperlukan?

Semua perkara yang melibatkan penulisan seperti iklan di papan tanda, artikel di suratkhabar dan majalah serta Internet begitu juga dengan penerbitan buku samada berbentuk akademik mahupun fiksyen memerlukan servis proofreading.
Perkhidmatan seperti penulis, proofreader dan editor amat diperlukan samada secara sepenuh masa mahupun secara separuh masa.

Servis Proofreading MPWS

Kesalahan ejaan ataupun terlebih satu ruang semasa menaip adalah biasa bagi penulis. Kerana itulah servis proofreading adalah sangat penting dalam industri penulisan.

Ciri-ciri Seorang Proofreader

Bagaimana Tuan/Puan tahu bahawa Tuan/Puan adalah individu yang sesuai untuk jawatan kosong proofreader ini? Berikut disenaraikan ciri-ciri seorang proofreader yang MPWS Proofreading cari.

Ciri Pertama Proofreader : Tidak Suka Kesalahan

Pernahkah anda merasa terganggu dengan sebuah artikel yang mempunyai kesalahan ejaan seperti huruf yang sepatutnya huruf besar namun ditulis dengan huruf kecil? Sebuah kesalahan ialah tetap kesalahan biarpun ianya kecil kerana ianya kelihatan tidak disemak dengan teliti.

Sekiranya Tuan/Puan adalah individu yang begitu, kerjaya proofreader adalah sesuai dengan Tuan/Puan.

Tanda-tanda Proofread

Tanda-tanda yang sering digunakan oleh proofreader dalam membuat semakan

Ciri Kedua Proofreader : Mengetahui Perbezaan Editor dan Proofreader

Ini merupakan dua bidang kerja yang berbeza. Untuk membaca tentang beza editing dan proofreading di artikel ini.

Secara mudahnya, proofreader menyemak tulisan samada dalam bentuk hardcopy mahupun pdf format (sekiranya softcopy). Ini kerana proofreader tidak mengubah sebarang gaya bahasa mahupun mencantikkan ayat dalam menyampaikan maksud tertentu.
Proofreader menyemak ejaan dan juga susunan setiap bab supaya tiada tanda atau nombor yang salah.

Editor pula bertanggungjawab untuk menyemak tulisan dan menjadikannya indah untuk dibaca sehingga ke hasil terakhir.

Ciri Ketiga Proofreader : Mempunyai Portfolio

Portfolio bermaksud koleksi hasil kerja yang telah Tuan/Puan lakukan sepanjang memberikan servis proofreading ini. Ianya boleh jadi dalam bentuk softcopy, hardcopy mahupun dalam penulisan blog yang dimiliki.
Kerana servis ini adalah perkhidmatan yang memerlukan skil, maka skil penulisan dan pengalaman bersama pelanggan sebelum ini adalah suatu kelebihan.

Servis Proofreading

Kumpulkan hasil kerja sebelum ini di dalam satu portfolio untuk rujukan sebagai proofreader

Ciri Keempat Proofreader : Mempunyai Jaringan

Jaringan adalah suatu perkara yang penting didalam sesebuah kerjaya. Jaringan penulis, editor dan proofreading adalah antara perkara yang perlu dilengkapkan oleh seorang proofreader dalam kerjaya. Jaringan yang kuat dapat membantu kita membuat rujukan terhadap sesuatu perkara mahupun pengesahan sesebuah berita didalam industri.

Sekiranya terdapat organisasi mahupun perkumpulan, sertainya ya!

Jawatan Kosong MPWS Proofreader

Jaringan sesama penulis, editor dan proofreader sangat membantu kerjaya kita

Ciri Kelima Jawatan Kosong Proofreader : Sijil yang Berkaitan

Bagi editor dan proofreader, pengalaman mengendalikan dan menyiapkan dokumen pelanggan sebelum ini akan sangat membantu. Pengalaman proofreading dalam bidang akademik seperti jurnal adalah sangat diperlukan.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai pengalaman dalam bidang kajian (research) ianya adalah satu kelebihan!

Bagi jawatan transcriber, sijil daripada Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)  adalah diperlukan.

 

Tips Tambahan untuk Proofreader

Mesti Suka Membaca

Dengan banyak membaca, seorang proofreader dapat meningkatkan kemahiran dan skil dalam mengesan kesalahan ejaan, tanda baca dan lain-lain dalam penulisan. Kemahiran dalam beberapa bahasa berbeza antaranya Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab adalah sangat membantu.

Jom Jadi Sebahagian daripada Proofreader di MPWS Proofreading.

Jawatan Kosong MPWS

Untuk mengisi jawatan kosong proofreader di MPWS, hantarkan resume dan pengalaman Tuan/Puan ke mpws.proofreading@gmail.com dan Admin akan segera hubungi Tuan/Puan untuk sebarang temuduga seterusnya.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL