Jawatan Kosong Akademik Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA Kampus Dengkil, Selangor
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik berikut di Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA Kampus Dengkil, Selangor.
JAWATAN :
PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
JADUAL GAJI MINIMUM – MAKSIMUM
JAWATAN :
PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK
GRED GAJI | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM |
DM45 | RM 2,878.00 | RM 10,075.00 |
DM51 | RM 5,637.00 | RM 11,285.00 |
DM53 (Prof. Madya) |
RM 5,922.00 | RM 11,955.00 |
Profesor (Gred Khas C) : VK 7 |
RM 7,189.63 | RM 14,587.54 |
JAWATAN :
PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK
AKADEMI/ FAKULTI | BIDANG |
Akademi Pengajian Islam Kontemporari | Pengajian Islam |
Akademi Pengajian Bahasa | Bahasa Inggeris |
Fakulti Sains Komputer dan Matematik | Matematik |
Fakulti Sains Gunaan | Kimia |
Fakulti Undang-Undang | Undang-Undang |
Fakulti Pendidikan | Teaching English as a Second Language (TESL) |
Syarat-syarat kelayakan:
PENSYARAH UiTM
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45
- Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
- Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51
- memiliki kelayakan seperti kelayakan untuk Lantikan ke Gred DM45 di atas;
- membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
- mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)
- memiliki kelayakan seperti kelayakan untuk Lantikan ke Gred DM45 di atas;
- membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
- mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)
- memiliki kelayakan seperti kelayakan untuk Lantikan ke Gred DM45 di atas;
- membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
- mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
- Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
- Kad Pengenalan
- Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
- Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
- Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
- Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
- Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar atau boleh juga diperoleh dengan melayari laman sesawang di http://www.uitm.edu.my/
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari ISNIN 14 SEPTEMBER 2015
Sila kemukakan permohonan ke alamat:
PEJABAT PENDAFTAR
BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
General Line: +603-55442000
Emergency Hotline: +603-55443999