no comments

Jangan Tulis Literature Review Selagi Tiada Fokus

Jangan Tulis Literature Review Selagi Tiada Fokus

Ramai yang menulis SOROTAN LITERATUR seperti si celik meraba2 dalam gelap (jgn tafsir lebih2 pulak…) Sebab itu tulis ini tak kena, raba itu tak kena… Jadi saya nak kongsi sikit lagi tips menulis SOROTAN LITERATUR utk anda dengan satu amaran:

Jgn tulis Literature Review selagi jika anda tak tahu FOKUS kajian anda!

Berikut adalah tips sebelum anda boleh menulis SOROTAN LITERATUR yang baik.

Tip 1. Pastikan anda mempunyai sumber bacaan yang relevan.

Tip 2  Bukan sahaja relevan tetapi juga anda perlu mengumpulkan sumber primer (journal artikel) dan sumber sekunder (buku).

Sumber primer spt journal akan memberikan anda SOROTAN LITERATUR yang mengandungi idea asas tentang teori yang melatari kajian anda dan kajian lain yang berkaitan. Teori ini selalunya dibincangkan dengan ringkas sahaja kerana journal artikel lebih mementingkan analisis data dan dapatan kajian.

Jurnal artikel akan memberikan anda kepelbagaian perspektif kajian dari pelbagai penyelidik, tetapi anda perlu fokus kepada apa yang bakal anda kaji. Anda perlu baca dan kupas supaya semua kajian tersebut akan memantapkan kajian anda. Sebagai contoh anda membuat kajian tentang keberkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains. SOROTAN LITERATUR mungkin antaranya secara kritis boleh ditulis spt dummy beriku

Tip 3. Dengan fokus tersebut, barulah anda boleh dalami pembacaan jurnal artikel dan buku berkaitan teori pembelajaran multimedia Mayer serta model ADDIE sedalam2nya. Barulah anda tidak membaca apa sahaja bacaan yang ada tajuk multimedia atau meraba dalam gelap…..( he he ) tetapi anda akan menulis dalam terang.!! 

Sumber Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL