no comments

Jangan Terburu-buru Mendaftar Untuk Master atau Phd

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.  Harap anda semua baik-baik sahaja. Kali ini saya akan kongsikan tips-tips untuk anda prkaktikkan sebelum buat keputusan di peringkat pascasiswazah.

SEBELUM DAFTAR MASTER ATAU PHD

Okay ini yang paling penting saya nak tekankan kepada awak semua.  Jangan terburu-buru daftar.
Cara yang BETUL adalah, awak pergi dulu ke universiti yang awak minati dan periksa degree awak tu diterima atau tidak (ikut terma syarat uni tersebut). Layak atau tidak dengan bidang yang awak nak sambung.
Tak boleh sesuka hati tukar laluan bidang tanpa bukti yang konkrit.
Contoh: Awak bidang Matematik, tiba-tiba nak ke laluan Linguistik.

Kedua.
Bila universiti yang awak pilih (tanpa daftar lagi) dah sahkan degree awak lulus digunapakai untuk bidang yang awak pilih, maka bermulalah step penting ini:

1. Cari supervisor.
Maksudnya, awak kaji siapa doktor/pensyarah di jabatan atau fakulti yang dipilih. Cara terbaik adalah tanya student yang dah belajar di situ tentang doktor-doktor berkenaan. Cara lebih baik adalah berjumpa sendiri dan bersembang dengan pensyarah di situ. Bina bonding yang baik. Bila dah terbina, cubalah tanya-tanya skop kajian apa yang mereka fikirkan bagus. Mana tahu rezeki, tiba-tiba dapat tajuk tesis cadangan.

2. Mulai ke perpustakaan.
Awak tak tahu nak kaji tentang apa? Maka, bukalah library online universiti terbabit dan lihat tajuk tesis yang sudah sedia ada. Bila sudah ada tajuk cadangan yang anda cenderung, maka carilah pula SOROTAN LITERASI atau nama lainnya, kajian-kajian terdahulu. Contoh: Awak berminat tentang kajian, “Pendekatan guru dalam pelaksanaan Kurikulum ABC di negeri XYZ.” Maka, awak kena cari semua kata kunci berkaitan ‘pendekatan guru’, ‘pelaksanaan kurikulum’, ‘kurikulum ABC’ dan yang berkaitan. Cari di web perpustakaan online tu. Atau cari di jurnal online. Atau OPAC mana-mana universiti yang awak boleh pergi. Bila dah keluar list, pergilah ke perpustakaan dan tengok dengan mata kepala sendiri. Kemudian, sesi membaca. Bacalah kesemua yang berkaitan dan part paling penting  sekali adalah keluarkan kesimpulan, kefahaman awak dari kajian-kajian yang telah dibaca tu. Contoh: Kajian A – rumusannya: hanya tumpu pada skop pengajaran guru di wilayah OPQ. Kajian B – sentuh bab integriti. Kajian C – ulas isu murid tidak memahami. Dan seterusnya.

3. Kenal pasti permasalahan kajian.
Awak nak kaji tajuk sekian-sekian tu kenapa? Itu yang awak kena highlight. Relate dengan isu terkini atau ada kontroversi telah timbul.
Contoh:
“Menteri katakan dalam sidang akhbar bahawa Kurikulum ABC tidak relevan lagi.”
Maka, itu mungkin boleh jadi antara isu yang mencetuskan kepada sebuah kajian. Ada sebab dan alasan kukuh.

4. Siapkan proposal
Pergi ke perpustakaan dan belek tesis yang telah berjaya. Lihat pada bab pertama atau pendahuluan. Itulah proposal. Belajar langkah-langkah penulisan proposal. Kalau nak lebih padu, sertailah bengkel-bengkel penulisan tesis yang dianjurkan universiti terbabit. Ada diajar.

5. Setelah siap proposal
Bawa kepada supervisor yang anda telah pilih sendiri. Berikan draf proposal untuk beliau nilai dan periksa, kritik dan saran. Buat pembetulan dari saranannya. Buat dan buat, sehinggalah, ulang jumpa dengan supervisor tersebut hingga beliau berpuas hati. Nak padu lagi, jumpa semua supervisor di fakulti tersebut, tanya pandangan. Ini kerana, boleh jadi ketika pembentangan proposal anda nanti, mereka yang akan jadi examiners.

6. Daftarlah.
Sekarang, awak boleh daftar dengan hati yang sedikit lega setelah proposal dah ada, supervisor dah ada, supervisor dah puas hati dengan proposal. Itulah sedikit-sebanyak dari saya.
Sekali lagi diulangi, jangan terburu-buru daftar kerana proses menyiapkan proposal mungkin akan berlanjutan hingga setahun lamanya. Tapi, jika awak daftar setelah proposal di tahap seperti di atas, awak akan untung TIGA benda:

a) Jumlah tahun belajar secara rasmi di universiti tersebut
b) Kos yuran setiap sem yang perlu ditanggung.
c) Tak perlu tangguh mana-mana sem hanya kerana pening dengan pembikinan proposal yang tak lulus-lulus.

Selamat sambung belajar. Semoga tips pada kali ini bermanfaat untuk anda semua.

 

SUMBER : MUHAMMAD RUSYDI

 

MPWS TRAINING CENTRE will held a workshop to introduce Rasch analysis. It will suit those working in the measurement of outcomes in the health sciences, of attitudinal data in the social sciences, or in educational testing. It will take the form of hands-on practice in using the WINSTEPS software package. At the end of the two days workshop students should understand and be able to analyse data, using WINSTEPS.

TITLE : “INTRODUCTORY RASCH MODEL WORKSHOP: APPLICATIONS IN SURVEY RESEARCH AND EDUCATIONAL MEASUREMENT”

Date: 11 March 2018 (Sunday)
Time: 8.30 a.m. – 5.30 p.m.
Venue: MPWS Training Centre, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Speaker: Dr. Akbariah Binti Mohd Mahdzir
Registration Fees: RM230 included 6% GST
Language: English/Bahasa Melayu

For further information and registration, kindly visit us at:
http://postgraduateworkshop.com/raschanalysis

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL