no comments

Jangan Takut, Supervisorkan Ada – Kisah PhD

Kisah ini dikongsikan oleh Dr.Mahani Razali tentang kisah PhD beliau bersama penyelia. Penyelia ibarat pembimbing ketika melalui pengajian PHD, ia adalah orang yang paling penting dalam proses pengajian. Ikuti sedikit kisah beliau bersama penyelianya yang perlu dijadikan contoh buat anda semua.


Dr.Mahani Razali ingin mengongsikan sedikit perjalanan PhD beliau . Beliau meneruskan pengajian Phd di University of Glasgow Scotland atas biasiswa JPA dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak 8 tahun yang lalu. Hasratnya untuk mengajak keluarga pergi oversea dan duduk sana tercapai. Apa yang beliau ingin sampaikan adalah sedikit perjalanan PhD nya. Supervisor beliau bernama Prof Maggies Pollock, seorang Scotish yang berumur dalam lingkungan 50an pada waktu. Dr.Mahani Razali ingin mengongsikan beberapa hal ringkas kenapa beliau sangat menghormati supervisornya.

1. Tentang tajuk
Dia selalu ingatkankan saya, Mahani, this is your research. Do what you want to do ”. Tentang tajuk ni, pada peringkat awal supervisor cuma komen sikit-sikit dan perbetulkan mana yang patut tapi yang lebih penting supervisor cakap penulisan tajuk ni mungkin akan berubah lagi bila anda buat reserach betul-betul nanti dan kita boleh murnikan lagi nanti bila anda dah siapkan semua nanti. Memang betul pun sebab bila semua dah siap dan bila dah nak sumbit kami murnikan lagi ikut apa dapatan research tersebut pulak. Kesimpulan yang saya dapat, tak perlu lah pada semester 1 tu duduk pening-pening kepala nak tulis tajuk tu dengan sempurna asalkan kita dah ada skop yang nak kaji dan ada tajuk secara kasarnya.

2. Tentang Literature Review
Supervisor berkata literature akan hanya berakhir bila Phd anda berakhir. Anda akan sentiasa update, “Teruskan bacaan” pesan beliau.

3. Tentang Waktu Pembentangan Proposal.
Part ni yang saya paling tidak boleh nak lupa kenangan terindah dan terbaik tentang sikap manusia bergelar pendidik yang beliau telah pelajari. Saya bentang proposal selepas enam bulan. Waktu tu bahasa Inggeris saya masih bercelaru. Tidak ok lagi. Tapi saya sangat kagum dengan kesungguhan SV saya. Supervisor saya menunjukkan keyakinan yang tinggi bahawa saya memang boleh bentang. Pada hari tersebut saya menjemput lebih kurang 15 orang kawan-kawan universiti di sekitar Scotland dan ada seorang dari University of London untuk datang dan dengar pembentangannya. Dia kata “ kita patut dengar idea dari banyak pihak supaya tesis kita ni ada global value dan bukan syok sendiri ”. Tapi dia kata dalam bahasa orang putih lah!

4. Tentang Takut
Memang saya takut. Jadi, pada mula nak bentang, biasalah adat kita. Kita minta maaf dulu, mengaku tidak pandai sangat bahasa inggeris. Tapi salah seorang lecturer tu jawab “It’s ok mahani, as long we understand you!” Alhamdulillah, seingat saya tak ada siapa pula yang nak senyum sengih kerana broken grammar saya! Maka saya pun bentanglah. Tapi apa yang saya nak cakap di sini lepas pembentangan tersebut, macam biasalah semua pakat puji dulu. Oklah, tajuk menarik lah, boleh dijalankan.

Tapi apa yang lebih penting yang saya ingat sangat adalah setiap komen diiringi dengan cadangan yang cukup membina dan membantu saya apa yang saya perlu buat seterusnya. Siap bagi nama buku untuk dirujuk, professor mana yang saya boleh rujuk lagi, website mana yang saya boleh rujuk dan sebagainya lagi. Pendek kata saya tak ditinggal keseorangan untuk berfikir sendiri nak buat lagu mana!

Sumber : UiTM di Hatiku

Daripada : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL