no comments

Jangan takut buat Research, itu hanyalah PREDICTION.

Jangan takut

PhD sering diberikan gambaran ngeri – kalau nak senang jangan buat PhD ! Maknanya PhD itu susah. Susah sebab SV kata begitu, rakan2 senior pun kata begitu, maka begitulah PhD! Pernah seorang akademik menakut-nakutkan dgn ungkapan “welcome to the HELL” kepada sekumpulan calon2 PhD yang baru mendaftar. Inilah yang ditanamkan dalam minda calon2 PhD.

Aku tidak pula menyatakan PhD itu mudah, tetapi itu hanyalah anggapan. PhD merupakan satu proses untuk mempelajri sesuatu yang baru bukan untuk ditakuti. Pelajarilah proses tersebut, supaya anda yang mengawalnya, bukan anda dikawal sehingga menakutkan. Ada kalanya jgn terlalu mengharapkan SV, sbb ada yang membimbangkan dari membimbing… Satu nasihat aku, kalau dulu anda pelajar average di sekolah, di uni atau di mana2 sahaja, now anda boleh jadi pelajar cemerlang ! Kenapa? Kerana PhD tidak ada silibus yang standard, so you can even go beyond others’ expectation.

Jika membuat PhD spt meneroka hutan simpan BELUM di Perak, anda boleh sahaja siapkan diri dengan kemahiran meneroka hutan AMAZON di Brazil yang lebih mencabar, malah belajar pbagai extra skills, in case anda terpaksa harungi sungai yang dalam. Bengkel kemahiran PhD hanya mengambil masa biasanya 1 atau paling lamapun 3 hari, bukan 3 bulan ! Anda tidak boleh buat kajian dgn hanya mengikuti kelas Research Methodology atau menunggu bimbingan oleh Supervisor.

Anda perlu baca thesis lepas dalam bidang anda selain articles. Dapatkan kawan2 dalam bidang yang sama, dari pelbagai IPTA dalam dan luar negara. Pasti anda akan gugup dan gagap jika sebahagian kemahiran yang mereka miliki tiada pada anda. Tanyakan masalah kajian, teori, method dan analisis data yang mereka gunakan. Tidak semua kemahiran tersebut anda perlukan secara DIRECT dalam kajian anda tetapi semuanya anda perlu pelajari dan fahami utk mengharungi proses penyelidikan anda. Jika anda cenderung utk membuat kajian quantitative, anda juga perlu belajari qualitative dan mixed method yang digunakan dalam bidang anda oleh rakan anda dan dalam kajian lepas. Jika SV anda cadangkan anda menggunakan MANOVA, berusahalah utk memahami multiple regression, ANOVA, SEM / AMOS dalam bidang yang sama.

Samalah, jika anda menggunakan teori ABC, anda juga perlu membaca dan fahami sekurang2nya beberapa teori lain yang releven dalam bidang anda. Ini kerana bahan2 bacaan dan rujukan anda akan pelbagai dan anda perlu fahami semuanya. Ringkasnya, jangan nanti anda jumpa biawak anda ingat buaya hingga hilang separuh nyawa atau jumpa bapak segala ular sawa tapi anda relex tahap dewa !

Semua ini tidak lagi mustahil. Anda hanya perlu luangkan sedikit masa utk mempelajarinya dan mungkin melibatkan sedikit kewangan utk mengikuti bengkel-bengkel yang memerlukan kemahiran, anjurkan bengkel-bengkel seperti ini di university anda.

Saya salute siswazah Pendidikan UKM yg sering menganjurkan pelbagai bengkel tanpa mengharapkan pihak fakulti dan uni. Percayalah…. jika anda ada asas pengetahuan dan kemahiran menjalankan proses penyelidikan beyond the scope of your focused title…you are actually having a fun… menguasai sesuatu melebihi kelompok pelajar average ….. lalu memudahkan anda menguasai Literature Review….. lalu lebih mudah predict apa yang bakal anda lalui …. and the rest is history !

Selamat memerdekakan diri.

Sumber : Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL