no comments

JANGAN JADI SUPERVISE MEMBEBANKAN SV

JANGAN JADI SUPERVISE MEMBEBANKAN SV

Betul ker ada supervisee yang menjadi beban kepada SV? Abis camner tu? Kalaulah saya supervisee tu, matilah saya.

Bukan supervisee jadi masalah, atau pelajar yang bawa masalah kepada SV, pelajar jadi  “beban” yang terpaksa ditanggung oleh SV. Mana ada manusia nak tanggung beban dalam hidupnya.

Hah beban? Kenapa? Sadisnyer.

Anda jangan salah faham dan jangan sensitif walaupun perkara ini memang sensitif. Saya pun tak nak tulis benda-benda macam ni, tapi demi memahamkan anda dan pembaca, elok juga saya sentuh sepintas lalu demi kebaikan semua.

Bila anda mula mendapat SV, ada SV (tak le semua) yang “dah serik” dengan supervisee sedia ada. Tak hantar progress, buat kejer cincai-cincai, tak datang berbincang, minta tulis satu paper pun tak siap-siap sehingga imej “buruk” tersebut akan membayangi SV sebaik sahaja anda menjadi supervisee dia.

Tak bolehlah cam tu.

Memang ler tak boleh, tapi selalunya yang buruk tu cepat jer terlekat di hati. SV tu manusia macam anda jugak. Kalau kawan anda buat benda-benda yang anda tak suka, anda pun tension betul tak?

Abis tu camner?

Jadi anda kena berfikir macam ni. Ada 5 cara anda kena fikir.

Pertama: Jangan perasan

Jangan anda cepat perasan anda tu akan disambut dengan carpet merah oleh SV, dengan layanan first class, dia akan layan apa sahaja persoalan yang terbuku di sanubari anda, apa sahaja yang anda tak tahu dan tak faham SV ada untuk memberikan jawapannya, dan dia akan tunggu anda di muka pintu, balas SMS anda, email anda. Tolong jangan perasan.

Kedua: Tunjukkan anda layak

Jangan jumpa SV anda kalau anda tak sanggup tunjukkan yang anda memang layak membuat PhD / Master dan bersedia untuk buat research. Jangan jumpa SV dengan air liur, dengan pendapat kosong anda jer, cakap benda-benda yang anda sendiri tak baca, tak tahu, main agak-agak jer.

Ketiga: Mendahului SV

Baca dan ketahui secara mendalam bidang kajian anda. Patut anda dengan mudah  boleh sebut nama-nama journal dan researchers dalam bidang kajian anda serta current research dan issues. Barulah SV fikir anda memang layak jadi supervisee, anda ada idea apa yang anda nak kaji dan sentiasa mendahului SV anda.

Keempat: Publish paper

Tunjukkan anda boleh publish paper supaya anda dilihat serius bukan hanya curious. Bagi SV, publish paper adalah satu-satunya “indicator” paling ampuh untuk tunjukkan credibility anda. Lagi banyak anda boleh publish paper sepanjang jadi calon PhD / Master, lagi “cayangSV anda pada anda.

Kelima: Lamunan terhenti!

Anda kena bangun dari lamunan anda dan ingat bahawa persepsi SV terhadap anda banyak sangat bergantung kepada diri anda sendiri. SV ambil anda kerana melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh Graduate School, tapi kalau anda tak bertanggungjawab atas research dan thesis anda sendiri, SV akan lepas tangan jer. Tapi kalau anda sungguh-sungguh, SV pasti akan menunjukkan minat pada kajian anda yang juga akan menyumbang kepada publication SV anda sendiri.

sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL