no comments

JADIKAN SEM AMOS ANALISIS PHD ANDA

Dalam MLR, sesuai dengan namanya, digunakan apabila kita mengukur predictor variables (beberapa IV) bagi perubahan DV secara korelasi / perhubungan linear. Beberapa IV dan satu DV ini diukur pada skala interval atau ratio (Jika data categorical, perlu tukar kepada dummy data terlebih dahulu). MLR digunakan bagi memenuhi persamaan linear seperti ringkasan berikut:

Y = bo + b1X1 + b2X2+…..bnXn

Analisis SEM pula digunakan bagi confirmkan model yang anda bina, dalam bentuk grafik (menggunakan AMOS). AMOS membolehkan anda melukis model tersebut dan menjadikan model anda tidak perlu linear malah boleh berstruktur (bertingkat2).

SEM mengukur perkaitan antara beberapa DV dan faktor yang mempengaruhinya iaitu bebrapa IV. SEM boleh mengukur latent variables (spt job satisfaction, leadership) yang tidak boleh diukur atau diperhatikan secara terus.

SEM mula popular sejak adanya perisian AMOS (Analysis of Moment Structure) yang membolehkan anda melukis model dengan drag-n-drop sahaja dan pengiraan dibuat secara automatic berdasarkan model yang anda lukis dari data yang dimasukkan dalam SPSS. Dulu SEM diproses guna perisian seperti LISREL yang memerlukan sedikit pengetahun programming. Jadi susahler bagi pelajar sains sosial, sebab tu agaknya SEM tak sefofular la ni.

Masukkan title latent variable (datanya dalam SPSS) dalam OVAL, dan masukkan title observed variables dalam RECTANGULAR. Drag anak panah bagi menunjukkan perhubungan. e1, e2 dll dalam circle adalah error.

Apa yang AMOS lakukan adalah mengira interdependency kesemua variables dari model yang dibina dengan menggunakan data dalam SPSS, tanpa perlu anda membuka SPSS sebagaimana biasa.

Secara paling ringkas dan sempoi, dengan beberapa klik sahaja akan keluar  nilai loading atas anak panah dan dll nilai yang diperlukan seperti CI, DK, RNI, CFI, NFI  di atas screen.

Apa yang penting, SEM boleh menguji sekompleks manapun hubungan antara variables secara serentak, yang tidak dapat dilakukan oleh lain2 analisis statistics. Bukan itu sahaja, SEM boleh menunjukkan reliability dan validity model yang diuji. Ia juga adalah teknik ujian multivariate yang “powerful” dengan assumptions yang lebih flexible (berbanding MLR umpamanya). So apa lagi, terokailah SEM…

Ini adalah idea asas supaya anda jangan takut dengan SEM dan AMOS. Jadi carilah SV atau co-SV yang pengetahuan tentang SEM dan AMOS. Bagi yang baru bermula membuat PhD…. dalam bidang sains sosial, anda boleh mula memahami SEM supaya dapat membuat satu kajian yang lebih mendalam dan secara TAK LANSUNG anda dapat menguji dan menghasilkan SATU MODEL kajian anda. Menghasilkan model adalah satu contribution yang original sebagai presyarat menjadikan tesis anda mencapai tahap PhD!

Sumber : http://drotspss.blogspot.com/2011/08/tajuk-182-jadikan-sem-dan-amos-analisis.html

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL