no comments

Isu dan masalah untuk master / PhD !

Start research with a clear mind
Isu dan masalah utk master / PhD !

Isu dan masalah dalam kajian master atau PhD agak straight forward. Aku hairan ramai gak yang mulakan pencarian isu dan masalah dgn kepala yang berbelit-belit… selongkar ratusan artikel….kena baca setiap muka surat wpun tak faham utk cari benda yang tak ada… mana nak jumpa sehingga terbazir masa beberapa semester….

Sedikit pemahaman utk dikongsi bersama menjelang tengah malam…

Pertama:
1. ISU adalah persoalan yang menjadi perbincangan semasa yang melibatkan kelompok yang berkaitan dgn isu tersebut yang mengundang pelbagai pendapat (maka ada ciri-ciri controversial). Contoh – perlukah LMS dilaksanakan diperingkat sekolah menjadi perbincangan dalam kalangan pendidik, penyelidik, pegawai KPM, malah ahli politik dan rakyat marhein.

2. MASALAH pula adalah sesuatu yang menghalang dari mencapai sesuatu tujuan yang lebih baik.

Contoh – masalah capaian internet yang tidak menyeluruh menghalang perlaksanaan LMS di sekolah.
Kedua:

Dalam scholar research – master / PhD !

1. Isu dalam SCHOLAR RESEARCH adalah perbincangan sesuatu topic semasa yang mengundang pelbagai perspektif oleh pelbagai kelompok scholar dan experts yang berkaitan dgn isu tersebut. Isu semasa sering menjadi keutamaan sebagai tajuk / thema konferens / seminar / diskusi / persidangan yang melibatkan scholars dan experts selain menjadi pilihan editor untuk diterbitkan dalam jurnal terkini dan chapter of book.

Contoh – Isu pengurusan zakat manual yang tidak efektif lagi menjadi perbualan / isu yang dibincangkan oleh scholar / expert yang berkaitan dgn zakat.

2. Masalah dalam SCHOLAR RESEARCH dikaitkan dgn penyelesaian (problem – solving) secara akademik. Masalah dalam research adalah situasi semasa (sebenar atau hipotetikal) yang menghalang utk mencapai sesuatu situasi yang lebih baik lalu satu cadangan (proposal) dikemukakan bagi penyelesaian sebahagian masalah tersebut. Dapatan kajian ini adalah sumbangan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.

Contoh – Sistem pengurusan zakat secara manual menjadi masalah kerana tidak cekap lagi maka satu proposal kajian perlu disediakan hasil dari review situasi pengurusan zakat semasa, sebelum kajian dijalankan bagi menyelesaikan sebahagian masalah tersebut.

Proposal boleh berasaskn review kajian semasa yg telah dilakukan. Jika ada kajian telah mbina sistem online misalnya…. anda masih boleh propose sistem online yg mpunyai ciri terkini dgn analisis data dari perspektif lain… teori yg maybe lain…

3. Berikut antara cadangan (proposal) yang boleh membawa kepada kajian:

i. sistem on-line ala internet banking menggantikan sistem manual.

ii sistem portal yg integrated bagi membekalkan pelbagai informasi tentang zakat

iii.sistem sms / WA / SN sebagai sistem mutual antara asnaf dan pihak pengurusan

iv. memperkenalkan module latihan bagi mempertingkatkan kecekapa sumber tenaga pengurusan zakat

v. membuat penswastaan / francise sistem pengurusan zakat

vi. membuat review sistem perundangan berkaitan pengurusan zakat

vii. menguji sistem pengurusan kewangan model XX bagi pengurusan zakat

v. mengkaji pengurusan zakat dari aspek investment bersama tabung haji

viii. mengkaji faktor kekangan staff zakat dalam menguruskan agihan zakat

x. membuat kupasan buku / kitab bagi memahami perlaksanaan zakat di zaman rasulullah dan sahabat serta sumber nas dan hadith utk dicadangkn dlm sistem pengurusan zakat

Dapatan kajian dari 10 cadangan penyelesaian di atas akan memperkembangkan frontier of knowledge dalam pengurusan zakat disamping menarik minat scholar utk mengetahuinya.

4. Jika ada kajian terkini yang ingin dijalankan maka sayugialah penyelidik membaca dan membuat review isu dan masalah zakat dalam sumber terkini dan memikirkan soalan ini supaya dapatan kajian mengembangkan lagi the frontier of knowedge dlm pengetahuan pengurusan zakat.

What else need to be done / studied to solve part and partial of the problem?

Setelah mendapat isu dan masalah yang sesuai utk dikaji dari review sumber semasa (frontier of knowledge), barulah lakukan review yang intensif bagi penyediaan LR supaya anda mengusai perkembangan pengetahuan yang menyeluruh dalam isu yang dikaji dari aspek teori, rekabentuk kajian dan dapatan kajian terdahulu bagi memenuhi syarat penghasilan sebuah thesis scholar research.

Sumber: Dr Othman Talib
Dari: Team MPWS

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL