no comments

Indeks Jurnal

Anda tentu biasa mendengar perkataan indeks, Impact Factor, SCOPUS, ISI, WoS, kuartil (quartile) dan Q1, Q2, Q3 dan Q4. Sekali sekala kedengaran juga CIJ dan tentunya bukan-CIJ. Semua ini perlu anda tahu sebagai penyelidik yang ingin menulis artikel untuk penerbitan dalam jurnal ilmiah.

Setiap jurnal mengandungi artikel. Anggaplah setiap artikel yang diterbitkan akan dibaca dan dirujuk lalu dijadikan citation oleh artikel lain. Bilangan citation tersebut menjadikan jurnal yang menerbitkannya sebagai pilihan ataupun tidak. Bila keadaan ini wujud, perlu ada satu sistem yang mengindeks bilangan citation (bibliographic index) antara jurnal-jurnal. Wujudlah badan seperti Google Scholar, Institute of Scientific Information (ISI) dan Scopus yang mempunyai sistem operasi dan perkhidmatan mengindeks penerbitan ilmiah.

Terlalu banyak penerbitan ilmiah serta jurnal yang berada dalam pasaran. Maka proses mengindeks jurnal menjadi semakin penting untuk penyelidik membuat pilihan. Kini ramai penyelidik dan pengarang memilih untuk hanya merujuk kepada jurnal-jurnal yang diindeks. Artikel yang dihantar kepada jurnal-jurnal berindeks juga akan mendapat liputan yang luas kerana berada dalam pengkalan data yang terkenal seperti WoS dan Scopus atau oleh badan profesional / institusi seperti PubMed (United States National Library of Medicine at the National Institute of Health) atau IEEE (Institute of Electrical and Electronics Engineers).

Walau bagaimanapun, pemilik jurnal perlu terlebih dahulu perlu menyerahkan permohonan rasmi (tentunya dengan bukti sokongan) kepada mana-mana pengkalan data (seperti Scopus atau WoS) untuk pertimbangan diindeks oleh badan tersebut. Jurnal tersebut mesti terlebih dahulu mematuhi kriteria yang diperlukan untuk diindeks dalam pengkalan data tempat permohonan diajukan. Jurnal yang diindeks pula akan dikategorikan mengikut kedudukan impak jurnal tersebut berbanding dengan impak jurnal-jurnal lain. Impak secara asasnya bermakna banyaknya citation yang diperolehi oleh jurnal tersebut berbanding dengan jurnal-jurnal lain. Jurnal-jurnal yang banyak dirujuk sebagai citation dalam jurnal-jurnal lain dianggap jurnal berimpak. Impak ini dikira berdasarkan pengiraan tertentu bagi menghasilkan Impact Factor (IF) sesuatu jurnal.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL