no comments

Impact Factor (IF)

Terdapat pelbagai badan dan agensi yang mengindeks jurnal seperti ProQuest, Index Copernicus, EBSCOhost, DOAJ, Open J-Gate, Google Scholar, Ulrich, ISC and seumpamanya, namum dua penyumbang paling signifikan kepada dunia penerbitan  dalam menyediakan indeks adalah Thomson-Reuters melalui Web of Science (WoS) dan Elsevier melalui Scopus.

Terdapat beberapa isu yang ditimbulkan berkaitan IF sebagai indeks sesuatu jurnal. Isu tersebut timbul apabila nilai IF dikatakan tidak menggambarkan kualiti artikel atau impak sebenar jurnal. Isu ini timbul kerana wujud usaha dilakukan bagi menaikkan nilai IF bagi tujuan menaikkan kedudukan jurnal. Antara isu yang dibangkitkan termasuklah:

  • Penerbit meminta artikel yang panjang supaya mengutip lebih citation bagi menaikkan IF jurnal
  • Penerbit menerima banyak artikel ulasan (review article) yang lazimnya juga panjang berbanding artikel dari kajian sebenar yang juga akan menaikkan IF jurnal
  • Jurnal yang diterbitkan secara lebih kerap akan mengumpul lebih citation lalu menaikkan IF jurnal
  • Artikel yang mempunyai self-citation kepada jurnal yang ingin diterbitkan akan meningkatkan IF jurnal artikel tersebut
  • Artikel berbahasa Inggeris akan mempunyai citation yang lebih banyak kerana mempunyai pembaca yang lebih meluas berbanding artikel dalam bahasa yang lain.

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL