no comments

HYBRIDIZATION OF THEORIES !

Ramai juga yang keluh kesah mencari “novelty” tidak jumpa-jumpa. Dalam post kali ini, saya nak berkongsi bagaimana “novelty” boleh di wujudkan tanpa perlu mencarinya.

Fuyoo….

Ramai yang berusaha mencari gap yang kononnya sesuatu yang “kurang” dalam kajian lepas tetapi lupa akan aspek “added value” atau “what else need to be done” yang boleh contribution to knowledge. Aspek ini boleh di”wujud”kan dengan teknik Hybridization of Theories (HOT)… bertujuan mengembangkan knowledge yang ada sebagai contribution.

Paling cantik jika anda ada HANDBOOK yang mengumpulkan perbincangan teori-teori dalam bidang kajian anda atau bidang yang saling berkaitan. Buku ini mestilah kupasan atau compilation teori berasaskan kajian-kajian lepas. Prosiding yang terbaharu pun boleh digunakan kerana terdapat pelbagai teori yang dikupas dalam bidang yang sama atau dalam bidang interdisiplin yang saling berkaitan. Pembacaan dari sumber ini lebih memudahkn anda memahaminya dan mendapatkan kesesuaian pelbagai teori sebelum menjalankan HOT.

HOT atau kacukan teori bertujuan mengembangkan knowledge sedia ada dengan menggabungkan 2 atau lebih teori yang established. Samalah konsepnya dengan menggabungkan kamera, telefon dan internet untuk menghasilkan smart phone…. barulah smart !

Ada empat syarat atau panduan membuat HOT iaitu:

  1. Teori atau prinsip atau model yang anda nak gabungkan mestilah dalam bidang yang saling berkaitan. Sebagai contoh…. bidang pendidikan mempunyai cabang lain seperti psychology atau management. Ini bermakna…. apa sahaja teori dalam psikologi atau management pada dasarnya boleh dihibridkan dengan teori dalam pendidikan yang boleh menyumbang kepada novelty.

Contohnya anda boleh gabungkan teori hypnosis (psikologi) dengan teori meaningful learning (pendidikan) untuk mengetahui bagaimana hypnosis boleh accelerate meaningful learning.

  1. Teori yang ingin digabungkan biarlah established

Teori yang hendak digabungkan mestilah teori yang dah established samada intra-discipline (teori pendidikan + teori pendidikan) mahupun inter-disciplines (pendidikan + psikologi).

Contohnya gabungan neuropshychology (brain psychology) dengan teori ZPD (teori cognitive dalam pendidikan) yang teori-teorinya melibatkan mental representation. Ini boleh membantu anda menjalankan kajian sambil hasilnya dapat mengembangkan pemahaman terhadap fungsi neuro-cognitive dalam pembelajaran…..

  1. Terdapat unsur redundancy antara thoeries

Teori constructivist dalam pendidikan mempunyai pertindihan (redundancy) dengan segmentation principle dalam cognitive teori of multimedia learning kerana teori-teori berasaskan pembinaan maklumat dari pre-knowledge. Teori-teorinya seperti bertindih kerana mempunyai asas yang sama iaitu pre-knowledge… maka sesuai dihibridkan untuk hasilkan kajian dengan memberikan pemahaman yang lebih mendalam bagaimana keduanya membantu pencapaian pelajar.

  1. Terdapat unsur extension bila dihibridkan

Teori conceptual change dalam pendidikan merujuk kepada keupayaan mengubah pemahaman (konsep) yang mudah kepada konsep yang lebih kompleks selepas melalui sesuatu instructional strategy (intervention). Teori ini boleh dikembangkan (extension) lagi kepada reconstruction of not only concept tetapi juga dalam masa yang sama keupayaan mengubah misconception kepada scientific conception. Hasil kajian akan lebih mantap kerana hybridization ini memberikan extended understanding kepada proses cognitive yang bukan sahaja melibatkan perubahan konsep tetapi juga perubahan dari misconception ke proper conception

Tiga kajian pelajar saya yang guna HOT adalah kajian mereka berkaitan ARTMEDIA (Art + Multimedia – PhD), DBGL (Games + Learning – PhD) dan MMM (Mind-mapping + Mnemonic – MSc)

Kesimpulan:

Teori / model / prinsip yang sebelum ini dikaji secara berasingan kini boleh digabungkan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih mantap, komprehensif sebagai satu novelty.

Moga anda boleh apply dalam bidang kajian anda sendiri

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL