no comments

HARAPAN TERHADAP SV

HARAPAN TERHADAP SV

Bagi pelajar siswazah baru mendaftar PhD dan Master,  harapan mereka setinggi gunung untuk berjaya dan mendapat sekeping ijazah sarjana mahupun PhD dan yang setaranya dengannya. Ada yang setinggi Gunung Tahan, malah ramai yang setinggi Gunung Kinabalu.

Harapan apa tu?

Macam-macam harapan yang dibawa. Harapan kepada ibu bapa, harapan sendiri, harapan keluarga, dan yang tak kurang pentingnya adalah harapan terhadap SV.

Saya nak tanya, apa harapan anda pada SV anda sebaik sahaja anda diminta menamakan SV anda?

Emmmm, banyak . Antaranya:

Pertama: Saya harap saya dapat disupervised dengan sebaik-baiknya.

Itu bukan harapan anda saja, itu harapan menggunung semua pelajar siswazah. Kalau harapan anda menggunung nak tawan Kinabalu, anda cuba daki dulu Gunung Tahan, tengok anda tahan ke tidak? Anda tahu tak, nak naik Gunung Tahan percuma jer, tapi nak jejak Gunung Kinabalu anda kena bayar macam-macam. Dari tiket AirAsia sampailah bayaran nak mendaki. Kalau takda duit, baik anda panjat KLCC jer.

Bukannya apa, anda bukan sahaja satu-satunya yang diselia SV anda. Jadi kalau SV dah ada 10 – 15 pelajar yang dia supervised, dengan research sendiri, mesyuarat itu dan ini, tugas admin dan lain-lain, berpada-padalah dalam harapan anda tu.

Kedua:Saya harap SV baca dan komen proposal saya secepat mungkin.

Memang ler SV akan membaca, menulis komen, memaklumkan apa yang perlu anda betulkan. Cuma anda takleh harapkan dalam seminggu, malah ada yang ambil masa 3 bulan. Dan yang sampai tak perasan malah terlupa supervisee dah hantar proposal dan tesis pun ada. Jika anda harapkan SV anda komen dengan terperinci lagi la anda akan kecewa. SV hanya akan merumuskan tahap penulisan anda dan lebih selesa memberikan komen yang umum untuk beberapa muka surat sahaja. Yang selebihnya pandai-pandailah anda betulkan sendiri. Malah, ada SV yang kata apa yang supervisee buat tu salah, sedangkan itu adalah pembetulan yang diberikan oleh SV sebelum itu. Nasihat saya, simpan catatan dan segala komen yang diberikan walaupun tak terperinci mana.

Ketiga: Saya harap SV saya selalu dapat lapangkan masa untuk berbincang.

SV memang selalu kata pintu bilik dia sentiasa terbuka untuk berjumpa anda, itupun jika dia ada kat dalam bilik ler. Tapi most of the time SV sibuk memanjang. Ada mesyuarat, kelas, research, jumpa pegawai Kementerian dan sebagainya. Jadi tertutuplah bilik dia untuk anda dan tertutuplah peluang anda nak jumpa dia selalu.

Keempat: Saya harapkan SV yang mesra, boleh buat kawan.

Wo, ini harapan yang sedikit melampau. Jika anda banyak tulis paper dan letak nama SV anda sebagai hargai sumbangan dia, anda pulak boleh berdikari, anda hantar tugasan anda tepat pada masanya, barulah SV akan jadi friendly. Tapi jika anda sendiri buat tak tahutak ada kemajuan, SV anda akan buat tak tahu juga dengan anda, percayalah mecakap saya. Tambahan SV anda ada ramai supervisees yang memenuhi kriteria yang dia suka, akan jadi mesra la. Yang tidak, emmm.

Kelima: Saya harapkan pandangan yang kritis dan membina dari SV.

Anda memang boleh letakkan harapan ini jika anda terlebih dahulu menjadi kritis terhadap kajian anda sendiri. Camana SV nak beri pandangan kritis dan membina, kalau SV baru tanya soalan asas anda dah tenganga tak boleh jawab, terkebil-kebil. SV sergah sikit anda dah panik dan pucat lesi macam baru lihat aktiviti paranormal. SV tanya semua anda jawab tak pasti, macam budak tadika jawab soalan Add Maths SPM. Abih camno?

Keenam: Saya harap SV gunakan kepakaran dia untuk bantu research saya.

Alasan utama anda dapat SV tersebut kerana kepakaran yang dia miliki. Oleh kerana kajian anda selalunya tumpuan kepada satu-satu masalah dan teknik tertentu, adakalanya perkara tersebut di luar kepakaran khusus SV anda. Seperti yang saya selalu bebelkan, SV bukannya Wikipedia tahu semua benda. Ini termasuk jugak school of thought yang mungkin berbeza.

Katalah SV anda pakar kajian kualitatif, tapi bila anda nak buat kuantitatif mulalah muka dia berkerut. Dah lah memang dia banyak kerut. Jika anda kena buat jugak kualitatif tapi nak guna software ler pulak macam Atlas.ti katakan, dia mungkin takleh bantu anda sebab dia sendiri mungkin takder kepakaran guna Atlas.ti. Malah ada SV yang tanya supervisee, amende Atlas.ti tu?

Katakan dia pakar focus group bagi kaunseling dadah, bila anda nak buat kaunseling kaedah hypnosis, SV anda maybe tak boleh tolong sebab dia pun tak ada kepakaran dalam kajian berkaitan hypnosis. Bila dia tanya anda balik, anda pun diam sebab anda pun tak tahu. Akhirnya dua-dua pulak macam kena hypnosis. Abih camnor?

Alamak, tulisan anda ni menakutkan saya jer

Bukan nak menakutkan sesiapa, itu bukan niat saya. Saya menulis ni sekadar memperingatkan anda supaya bersedia menghadapi kemungkinan di atas sebab situasi IDEAL yang anda harapkan tak semuanya akan diperolehi. Inilah realiti, jadi bersedialah untuk bertahan di Gunung Tahan yang boleh tahan juga cabarannya dari kecewa akibat terpukau dengan dejavu di Kinabalu yang akhirnya tak kesampaian.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL