no comments

FENOMENA “REGRESSION TOWARDS THE MEAN”

FENOMENA “REGRESSION TOWARDS THE MEAN”

Fenomena “regression towards the mean” (RTM) ini perlu difahami jika anda melakukan kajian eksperimental. Katakan 30 pelajar mengambil ujian 40 soalan betul/salah berkaitan pengetahuan am, katalah min skor yang diperolehi adalah 50. Ini kerana terdapat kumpulan markah extreme tertinggi (namakan A) mendapat min katakan 70 dan extreme terendah (namakan D) mendapat katakan min 30, menjadikan min 50. Jika anda ambil kumpulan A dan D ini dan memberikan ujian yang setara sekali lagi, anda akan didapati min kumpulan A akan menjadi lebih rendah, katakan 65, dan min kumpulan D akan naik,katakan 35. Kedua-dua markah ini akan menuju kepada min (regress toward the mean) iaitu 50, kenapa?

Saya cuba jelaskan dengan cara paling sempoi, sedikit berfalsafah, asal anda faham fenomena yang sedikit aneh tetapi sering berlaku. RTM berlaku kerana kumpulan A dibantu dengan unsur “nasib baik” dan “tekaan menjadi” sedang ianya kurang menjadi kumpulan D. Dalam ujian kedua, sukar bagi kumpulan A mengekalkan “nasib baik”, sedang kumpulan D lebih mudah memperbaiki “nasib buruk” mereka dalam ujian pertama. Ini menjadikan perubahan skor adalah disebabkan fenomena RTM, bukannya oleh faktor lain. Kumpulan D dilihat berjaya memperbaiki skor!

Membahagikan kumpulan kepada subkumpulan (pencapaian tinggi dan rendah) akan memberi lebih peluang kumpulan rendah memperbaiki skor melebihi kumpulan tinggi kerana fenomena RTM bukan kerana treatment yang anda berikan! Apa jawapan anda jika soalan ini ditanya semasa anda persembahkan proposal atau semasa viva?

Fenomena ini dapat diatasi dengan justifikasi adanya kumpulan kawalan. Jika fenomena RTM berlaku kepada kumpulan eksperimental maka ianya juga wujud kepada kumpulan kawalan, so fair and square! Satu lagi penyelesaian adalah dengan menganalisis ANCOVA, gunakan pre-test sebagai covariate.

Sumber : Dr. Othman Talib

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL