no comments

Faktor-Faktor Penghalang Komunikasi

Banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan komunikasi. Antaranya ialah tahap kecerdasan dan pengetahuan sedia ada penerima, saluran yang digunakan, gangguan persekitaran dan budaya penerima serta pengirim. Untuk membina komunikasi interpersonal yang berkesan bukan suatu yang mudah kerana proses ini melibatkan beberapa faktor. Ada faktor yang dapat dikawal dan diatasi, ada faktor yang tidak dapat diatasi sepenuhnya tetapi masih dapat dikurangkan kesannya.

Antara faktor yang mempengaruhi dan selalunya menimbulkan masalah untuk berlakunya komunikasi yang berkesan adalah seperti berikut;
i. Perbezaan latar belakang dan pengalaman.

Perbezaan bangsa, bahasa, tahap pendidikan, pengetahuan dan kemahiran boleh menjadi sebab terhalangnya komunikasi yang berkesan. Ini berlaku kerana mesej yang disampaikan tidak difahami dan dihayati sebagaimana yang dikehendaki oleh penyampai.Misalnya antara kakitangan peringkat sokongan dengan Pengetua, dalam hal ini pengetua seharusnya memahami dan menggunakan arahan yang jelas agar difahami oleh kakitangan peringkat ini.
Dari segi bahasa misalnya pengetua mesti menggunakan perkataan yang jelas supa tidak timbul salah faham seperti pennggunaan perkataan wajib hadir , dijemput atau digalakan hadir ke sesuatu program.
ii. Perhatian yang terhad.
Kebiasaannya ramai orang akan menapis mesej yang disampaikan dan hanya akan memberi perhatian kepada mesej yang disukai atau yang sesuai dengan pegangan, pendapat atau cita rasanya sahaja.
iii. Prasangka/ prejudis/ tanggapan awal.
Prasangka atau tanggapan awal ini akan menyebabkan berlakunya halangan mental dan akan mempengaruhi mesej yang diterima. Mesej yang diterima akan ditafsirkan mengikut kehendak dan selera sendiri.
iv. Faktor situasi.
Perasaan takut, marah, rasa tidak selamat dan kebisingan akan menyebabkan penghantaran dan penerimaan mesej terganggu.
v. Perasaan dan emosi.
Jika penerima dan penyampai mesej tidak peka kepada aspek-aspek emosi dan perasaan, komunikasi yang dilakukan menjadi kurang berkesan.
vi. Faktur Teknikal
Kekurangan kemudahan asas dan peralatan komunikasi. Dari segi teknologi halangan dapat diatasi dengan adanya penemuan baru dibidang kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat seperti internet.
Menurut Cruden dan Sherman(1976) menyatakan jenis halangan teknikal komunikasi ialah :

– Tidak adanya prosedur kerja yang jelas
– Kurangnya maklumat atau penjelasan
– Kurangnya kemahiran membaca
– Pemilihan media [saluran] yang kurang tepat.

Secara ringkasnya dapat disenaraikan faktur-faktur halangan komunikasi seperti berikut:

i. Bahasa perkataan tidak sesuai, bahasa yang berbeza, Kefahaman yang berbeza, pertuturan yang tidak jelas.
ii. Status status yang berbeza.
iii. Umur Tua muda/ perbezaan pengalaman
iv. Jarak Jauh atau dekat, halangan kebisingan, nada suara
yang kurang jelas.
v. Prasangka dari segi tugas dan prestasi, dari segi sosial.
vi. Sikap kompleks dalam diri (rendah diri/sombong).
vii. Kecacatan Pancaindera cacat anggota pertuturan/ pendengan seperti mulut, lidah, telinga dan sebagainya.
viii. Struktur organisasi Sistem birokrasi dalam organisasi.

Untuk mengatasi halangan-halangan di atas, pemberi dan penerima mesej perlu memahami kandungan mesej yang ingin disampaikan dan memilih media atau saluran yang sesuai.
Akibat dari faktur –faktur diatas kadangkala pengetua secara tidak langsung melakukan dikriminasi dikalangan kakitangan serta guru ini akan memberikan kesan yang tidak baik dalam organisasi.Cara komunikasi seperti ini akan menyebabkab ada kalangan guru akan merasa tersisih.

 

Sumber : pelitaminyak.blogspot

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL