no comments

Faham Ke Anda Konsep Signifikan

Saya katakan apabila anda menguji hipotesis (katakan ujian-t) anda sebenarnya menggunakan graf normal yang terhasil dari sampling distribution of mean (min bagi sample-sample) untuk membuat inferens kepada graf normal z-distributaion (bagi populasi) iaitu anda menginferens dari sampel ke populasi.

Bawah kawasan graf normal (skor-z) bagi sampling distribution of mean, terdapat dua hujung graf yang mana nilai z skor adalah ekstem dan jarang ditemui (walaupun ada dalam taburan). 5% kawasan katakan hujung kanan graf dinamakan kawasan kritikal kerana sangat jarang menemui nilai min seperti yang berada dalam kawasan tersebut kerana nilai min yang ekstrem. Ini sama seperti anda menyebut aras signifikan (alfa=0.05). Kawasan ini mempunyai nilai skor-z = 1.65 (anda kena ingat kuliah statistik anda).

Sekiranya anda mempunyai min sekumpulan pelajar yang diambil dari populasi yang sama, dan dapati skor-z = 1.78 (dinamkan z-obtained) adalah melebihi nilai 1.65, maka min ini termasuk dalam kawasan kritikal. Kawasan ini adalah kawasan yang anda boleh rumuskan bahawa min kumpulan tersebut sangat berbeza secara signifikan (atau cukup besar perbezaannya) darimi  populasi yang normal. Ini menunjukkan ada sesuatu yang telah menyebabkan min sampel tersebut berbeza dari min populasi dari mana sampel tersebut diperolehi.

Jika anda membuat kajian eksperimen terhadap sampel tersebut, maka dengan yakin (aras keyakinan 95%, aras signifikan 0.05) anda boleh katakan perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh kajian anda.

Sumber Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL