no comments

Enam langkah dalam pencarian literatur

(i)    Menulis pernyataan masalah  

Pernyataan masalah perlu ditulis dengan lengkap (complete) dan jitu (concise). Daripada pernyataan masalah, kita boleh tentukan persoalan dan objektif kajian. Sebagai contoh, katakan seorang pengkaji ingin menyiasat perbezaan pengetahuan matematik dan amalan pengajaran di antara guru berpengalaman dan guru baru. Antara persoalan yang boleh ditimbulkan ialah:

Sejauh manakah tahap pengetahuan matematik yang dimiliki oleh guru berpengalaman dan guru baru ?
Adakah tahap pengetahuan matematik mempengaruhi amalan pengajaran ?
Apakah sumber pengetahuan matematik bagi seseorang guru ?

Persoalan-persoalan ini akan membantu pengkaji menjuruskan pencarian literatur yang benar-benar relevan dan menyeluruh.

(ii)    Rujuk sumber sekunder

Langkah ini akan membantu kita mendapatkan overview bagi sesuatu topik. Walau bagaimanapun ianya boleh diabaikan jika pengkaji telah memiliki pengetahuan yang mendalam tentang perkara tersebut. Sumber sekunder seperti buku dan ensaiklopedia akan membantu bilamana seseorang pengkaji memiliki pengetahuan yang amat terhad tentang topik yang ingin dikaji. Ianya akan memberi maklumat latar belakang dan gambaran yang lebih luas hasil penelitian terhadap ringkasan beberapa kajian terdahulu.

Antara sumber sekunder yang terkenal ialah :

Ensaiklopedia – Ensaiklopedia menyediakan satu gambaran keseluruhan bagi sesuatu maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dan ringkasan pengetahuan tentang sesuatu bidang. Contoh ensaiklopedia ialah; Encyclopedian Of Educational Research, Handbook Of Research On Teaching, Encyclopedia Of Physical Education, dll

Research Review – Research review adalah sumber maklumat yang terbaik kerana;

  • Pengumpulan literatur terkini dalam research review telah disediakan oleh mereka yang pakar dan berpengetahuan tinggi.
  • Selain daripada koleksi literatur, pengarang juga telah membuat penerangan yang kritikal dan mensistesiskannya dalam ringkasan yang bersepadu.
  • Pengarang (reviewer) selalunya mencadangkan bidang-bidang yang memerlukan kajian lanjutan.

 

(iii)    Tentukan descriptors ( Determine descriptors )

Descriptors adalah terma-terma yang boleh membantu untuk meneroka sumber yang berkaitan dengan sesuatu topik. Untuk contoh kajian: An Investigation Of Pedagogical Content Knowledge And Teaching Practices Among Experienced And Novice Mathematics Teachers, antara descriptors yang jelas ialah; PCK, teaching practices, mathematical knowledge, expert teacher, subject matter knowledge, classroom practices, professional knowledge, dsb.

Descriptors boleh diklasifikasikan sebagai major dan minor. Descriptor major seperti ‘mathematics expert teacher’ akan menjuruskan lagi hasil pencarian. Sebahagian daripada pengkalan data (database) mempunyai descriptors yang tersendiri untuk sesuatu topik.

(iv)    Mencari sumber preliminary ( Search preliminary sources )

Biasanya kita menggunakan sumber preliminary untuk mendapatkan sumber primer, khususnya pencarian melalui komputer. Sumber preliminary biasanya terdiri daripada abstrak dan indeks.

Abstrak – Abstrak ialah ringkasan yang padat (concise summary) bagi sesuatu hasil kajian. Ianya merupakan sumber maklumat yang amat bernilai, khususnya kepada para pengkaji.

Indeks – Beberapa indeks menyediakan rujukan kepada majalah dan artikel jurnal yang berkaitan dengan sesuatu topik khusus. Kebanyakan bahan abstrak dan indeks mengandungi makalah jurnal dan kertas kerja persidangan

Bibliografi – Bibliografi menyenaraikan buku-buku dan artikel berkenaan sesuatu topik. Terdapat dalam berbagai bentuk, bergantung kepada bagaimana maklumat itu disenaraikan. Semuanya mengandungi nama penulis, tajuk buku / artikel, nama jurnal, dan maklumat penerbitan. Sebahagian daripada bibliografi adalah beranotasi (annotated), iaitu mempunyai penerangan ringkas tentang nature dan skop sesuatu artikel atau buku

Sistem maklumat perpustakaan – Penggunaan kad katalog yang mengandungi maklumat penulis dan subjek sudah dianggap ketinggalan zaman. Hampir semua perpustakaan universiti pada hari ini telah menggunakan sistem pengkalan data berkomputer dan berada dalam talian (on-line) serta boleh diakses di mana-mana

Pencarian berkomputer – Kemudahan perkhidmatan komputer telah memberi sumbangan besar kepada bidang penyelidikan, khususnya dalam mencari kajian literatur. Ianya menjadikan pencarian lebih sistematik, efektif, dan efisen. Terdapat beberapa pengkalan data (database) yang boleh diakses melalui komputer peribadi sama ada di pejabat atau di rumah.

Perkhidmatan lain di  perpustakaan – Perkhidmatan yang boleh didapati di perpustakaan bergantung kepada institusi di mana ia berada. Selain daripada perkhidmatan yang biasa ( seperti katalog, OPAC, interlibrary loan), kebanyakan perpustakaan universiti menyediakan koleksi CD-ROM terkini dalam pelbagai bidang dan langganan-langganan terbaru dengan beberapa pengkalan data secara on-line

(v)    Membaca dan merekod literatur ( Read and record the liteature )

Setelah literatur yang berkaitan dibaca dan difahami, maka ianya perlu direkod. Perekodan melibatkan proses menulis maklumat utama (seperti : penulis, judul artikel/buku, nama buku/jurnal, dan maklumat penerbitan) dan membuat ulasan serta abstrak bagi setiap literatur yang terpilih.

(vi)    Menulis kajian literatur ( Write the literature riview )

Setelah semua bahan literatur dikumpul, dibaca dan difahami sepenuhnya, proses menulis boleh bermula. Kajian literatur biasanya mengandungi tiga bahagian utama:

  • Pengenalan ( Introduction )
  • Isi (Body )
  • Ringkasan dan kesimpulan ( summary and conclusions )

 

SUMBER : Tengku Zawawi b Tengku Zainal

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL