no comments

Dua Strategi Ubah Diri Anda, Bukan Supervisor.

Saya dah kupas 4 isu berkaitan SV dan supervisee. Ideal situation bila supervisor dan supervisee become a good team, tapi ianya tak selalu berlaku.

 

Apa yang pasti, anda tidak akan dapat ubah SV anda. Anda setuju?

 

Emm, set!

 

Jadi andalah yang terpaksa ubah diri anda, tak ada pilihan lain.

 

Hah? Ubah camner tu?

 

Tahu tak apa yang diucapkan oleh calon Master/PhD?

 

Pedia?

 

Selalu terdengar pelajar berkata “Saya haraplah dapat SV yang OK”.

 

Saya nak bagitahu kat sini. Harapan tidak akan mengubah apa-apa, sama ada SV anda ataupun diri anda sendiri, so anda perlukan sesuatu untuk mengubah diri.

 

Amende lah tu?

 

Saya nak bagi 2 strategi yang anda kena faham dahulu, the baru anda boleh tahu keperluan nak ubah diri anda.

 

Pertama: Work efficiently

Anda hidup dalam zaman yang bergerak pantas. Masa 2 bulan yang diperlukan oleh SV anda dulu masa dia buat research, perlu anda siapkan dalam 2 minggu jer. Sebabnya, terlalu banyak kerja-kerja lain yang dating silih berganti, workload dah bertambah. Lihat sahaja cikgu sekarang yang tak cukup weekdays, weekend pun kena datang sekolah dan lain-lain. Dulu SV anda hantar surat pakai pos pun OK jer. Kini dengan email pun sekelip mata tu pun tak dapat nak cover kerja yang berambak-lambak, betul tak? Sebab tu anda lihat SV cam rilex jer, dan jangan pulak anda nak sama rilex.

 

Dalam tempoh menjadi calon Master / PhD, anda kena selective, tengok TV selective, gi cuti selective, gi kenduri kahwin selective, gi shopping selective. Sebab anda kena reserve masa untuk research dan penulisan anda. Jangan ada jer citer hindustan, mesti nak tengok sampai 3 jam sebab ada banyak lagu-lagu dan tarian-tarian yang makin lari makin mengasyikkan.

 

Maknanya anda kena jadi (no optional) seorang yang efficient! Untuk jadi seorang yang efficient anda kena tahu priority, atau first thing first. Katakan anda nak jumpa SV minggu depan, maka priority minggu ini adalah menyiapkan tugasan yang diminta oleh SV anda. Selesaikan tugasan lain seminggu sebelumnya. Jika tidak, anda tidak akan bersedia, last minute dan tak sempat nak review kerja anda. Maka pertemuan dengan SV anda dah tak productive. Kerja efficient bukan bermakna anda juga tak perlu jadi perfectionist, be excellent not perfect! Perfection dalam research TIDAK PERNAH WUJUD, sebab tu research tak akan pernah selesai dan terhenti, sehinggalah sama ada jasad anda atau SV anda tiada lagi di dunia fana ini, macam Piaget.

 

Anda juga perlu stay focused. Inilah antara nasihat mantan SV saya dulu, Prof. K masa saya study kat Adelaide dulu.

 

Apa maksud focus tu?

 

Maknanya, anda kena concentrate on one thing at a time. Kalua anda sedang cari gap, anda concentrate dok depan computer. HANYA search artikel jer, bukan konak e Facebook atau Tweet kawan-kawan anda atau gi jalan-jalan cuci mata kat YouTube pulak. Focus kat vision anda. Katakan untuk kumpul at least 30 artikel dalam 3 jam, so stay focused. Anda kena ingat juga, masa tak boleh renewal, apa lagi nak recycle. Seminit anda hilang, ia akan hilang buat selama-selamanya. Bayangkan anda hilang 4 semester tapi proposal belum pun siap lagi. Yang ini SV anda tak akan ajar, so anda kenalah ubah diri anda sendiri. Saya tahu ni pun bila saya follow blog drotspot, yang tulis itu ini, banyak pulok masa yang dia ada.

 

Satu lagi, anda kena enjoy apa anda kena buat. Buat dengan enthusiasm, penuh ghairah. Kalua anda suka buat kuih raya, anda boleh siapkan 2 jenis sehari. Tapi kalua anda tak suka, siap juga 1 jenis dalam 2 bulan.

Kedua: Sharpen your personal skills

Yang ini anda kena buat, supaya anda berubah, sebab anda tak leh ubah SV anda. Jika SV anda tak expert advanced statistik, anda yang kena masuk kelas, bengkel, seminar supaya anda dapat bina skill anda sendiri, jangan tunggu SV anda. Masuk bengkel penulisan thesis. Belajar essential skill untuk  menulis thesis. Saya terkejut bila ramai calon takt ahu dan buat derk hal ini. Bila tanya tentang Document Map, ramai yang tak pernah dengar pun sedang skill ini adalah keperluan dalam menulis thesis.

 

Ada RA saya dulu sampai sahaja di bumi US tahun lepas, terus diwajib belajar LaTex, kemahiran menulis thesis. Ini bukannya LaTex, MS Word yang dibuka hari-hari, tu pun tak jumpa aplikasi Document Map! Akibatnya anda menaip thesis 300 muka surat persis seorang kerana menaip 2 muka surat. Kalua editing makan masa 3 minit dengan Document Map, anda ambil masa 3 jam. Emmm, eloklah tu.

 

Banyak lagi skill-skill lain yang anda perlu pelajari. Mencari artikel dalam jurnal pun satu skill juga. Ni tak, google je tajuk anda. Harap-harap Google akan carikan untuk anda. Banyak awak punya cantik!

Bila anda cari artikel, untuk cari gap di awal semester anda mendaftar, jangan baca, just brief scan dulu. Kalua and abaca, lepas 2 artikel jer berpusing-pusinglah dunia anda., berputar-putar. Anda kena scan tajuk dan scan untuk mencari gap dan jika artikel tu ada potensi untuk dapatkan gap, anda asingkan dulu. Skill ini SV tak ajar tau, pandai-pandai ler anda sendiri. Lepas itu baru anda baca, itupun scan juga tapi slow ler sikit, supaya dapat anda kenal pasti gap yang anda cari. Bila dah dapat beberapa artikel yang ada sumber gap, barulah anda baca pendetailannya untuk pastikan adanya teori yang mantap, methodology yang anda dapat jalankan.

 

Itu sahaja yang boleh saya respon, sebab saya pun ada priority lain nak buat. Jadi jangan abaikan 2 strategi di atas, supaya anda berubah tak kiralah sapa sahaja yang jadi SV anda nanti. Kalua SV memang OK, satu bonus, kalau tidak, bukanlah, bukanlah jadi masalah sehingga terbantut thesis anda. Memang banyak strategi dan skill yang perlu ada, so tepuk dada tanya la selera anda sendiri, sebab selera SV anda selamanya berbeza. Maklumlah dia dah dapat Dr..

 

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL