no comments

Dua Strategi Cari Artikel dan Gap Gaya

*STRATEGI 1:*

Guna keyword pada TITLE Taip sahaja “e-learning” bagi TITLE sahaja. Ini strategi mudah tapi penting. Setkan tahun 2000 – 2012 utk tahu apakah wujud perkembangan istilah “e-learning” dalam 10 – 12 tahun.

Rasional:
Anda nak tahu semua buku, journal dan lain-lain yang ada tajuk khusus “e-learning” yang diterbitkan oleh SAGE publisher. Kalau sudah tajuk berkaitan tu ada “e-learning” mestilah isinya membincangkan “e-learning” dalam pelbagai bidang tak semestinya education sahaja. Ini untuk tujuan mendapatkan latar belakang kajian dan overview perkembangan “e-learning”.

Hasilny,. ada 36 semuanya. Ini baru SAGE sahaja, belum lagi Wiley, IEEE, Emerald, dan lain-lain. Cukuplah kalau dapat access dan baca semua benda2 ni tapi be selective, mungkin boleh ambil perkaitan yang sesuai utk dibaca, yang ada dalam library misalnya dan kalau tajuk tu memang sesuai tetapi terpaksa beli, belilah! Jgn nak baca semua, kalau kajian bukan pasal komputer,  bolehlah set tahun tu dalam 15 tahun ke. Sekadar nak survey bahan bacaan yang ada dalam SAGE. Barulah dikatakan mula membina asas yang kukuh, membaca secara intensive dan extensive. Dan dari sini ianya dapat kutip keyword yang digunakan dalam literature review  supaya tepat utk dibuat pencarian selanjutnya yang lebih details.

*STRATEGI 2:*

Filter to narrow down your search. Semestilah narrow down focus bacaan kepada bahan,  katakan 3 – 5 tahun kebelakangan yang ada term “e-learning” dalam TITLE dan keywords yang  sudah,  pastikan seperti “postgraduate”, “teaching”, “student”, “learning” dan “school” supaya bahan itu focus kepada education.

Cubaan 1:
Hasilnya: 8 bahan yang menjurus kepada education tapi malangnya e-learning tu berkaitan dengan HEALTH dan NURSING education, maybe bukan bidang berkaitan.

Cubaan 2:
Anda focuskan lagi dengan teaching dan learning dalam abstrack. Jgn pilih Full Text! Sebab nanti banyak yang tak relevan akan keluar, scopekan pada abstract sahaja. Kekalkan “e-learning” sebagai TITLE.

Hasilnya 6 lagi bahan dan ada yang bertindih dengan cubaan pertama.

Cubaan 3:
Oleh kerana banyak isu berkaitan nursing dan health dari cubaan 1 dan 2. Perlulah filter dengan operator “not” instead of “and” seperti Cubaan 1 dan 2 tetapi kekalkan “e-learning” dalam TITLE. Ini sangat penting bagi narrow down your search

Hasilnya, dari bacaan artikel di atas dan dapatkan GAP yang ada dalam article tersebut yang boleh anda jadikan GAP dalam kajian anda di Malaysia. Paling best dalam tu dah ada theory dan instrument maka boleh digunakan. Jika anda dah putuskan utk jadikan GAP tersebut, anda memang dah ada sumber rujukan utk LR dgn snowballing artikel tersebut …. dan artikel2 yang sewaktu dengannya. Then barulah anda sediakan working title kajian anda maybe sebagai: “Implementation of a hybrid e-learning environment among lecturers in postgraduates programmes at the Faculty of Education, UPM” Bunyipun dah canggih  dan yang lebih penting anda tahu apa yang terkandung dalam tajuk tu. Bila anda jumpa jer supervisor, barulah anda boleh “goreng” sebab anda sudah tahu apa yang anda nak buat dan sudahpun buat pembacaan yang intensive dan extensive !

Anda boleh mencuba menggunakan oublisher yang lain juga seperti Science-direct, Wiley, IEEE dan lain-lain

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL