no comments

DON’T JUST LIKE IT BUT LOVE IT !  

Dua perkataan di atas bermakna SUKA dan CINTA. Ramai yang teringin untuk menyambung pelajaran bagi menambah pengetahuan, menjejaki langkah kawan-kawan atau kerana keperluan dalam pekerjaan.

Apapun alasannya, menyambung pelajaran sebagai pelajar master mahupun PhD bukan sekadar suka, tetapi perlu dipupuk sehingga menjadi satu CINTA

Kenal 10 tanda-tanda anda MenCINTAI research dan penulisan tesis:

Tanda 1.

Berusaha mempelajari kemahiran apa sahaja berkaitan penulisan tesis dan research seawal mungkin,  ya apa sahaja – SPSS, MENDELEY, EndNote, NVivo, EView, SAS, RASCH dan lain-lain

Tanda 2.

Setelah mempelajari kemahiran di atas, lalu mempersiapkan diri ke tahap terbaik dengan mengumpul journal, memahami dan membaca, menganalisis…. menguasai teori secara mendalam, bukan sekadar “so-so”. Sedikit tidak faham akan mengundang panik…. lalu segera diatasi dengan bertanya, membaca, berbincang dan berinteraksi dengan pihak yang lebih tahu.

Tanda 3.

Ketika mempersiapkan diri, minda fokus sepenuhnya bukan sambil lewa atau relex tahap dewa.

Tanda 4.

Bila anda membaca 3 jam terasa seperti 30 minit sahaja malah anda tidak perasan pun masa berlalu terlalu cepat, terasa tidak puas.

Tanda 5.

Anda tidak sabar-sabar menunggu untuk memulakan lagi tugas menulis dan menjalankan research. Menunggu bagi anda satu penyeksaan dan meresahkan siang dan malam anda

Tanda 6.

Tiada apa yang dapat menghalang anda dari meneruskan pembacaan dari pelbagai sumber, penulisan, menyiapkan diri untuk menjalankan kajian dan berusaha memahami apa sahaja.

Tanda 7.

Anda sedar anda tidak perfect tetapi jika anda tahu kelemahan diri, melakukan kesilapan, anda bersegera membetulkan keadaan kerana anda sentiasa berusaha untuk menjadi sesempurna mungkin

Tanda 8.

Anda juga tidak melenting jika ditegur, tidak mudah melatah bila dikritik malah mengucapkan terima kasih kerana membantu anda menjadi lebih sempurna

Tanda 9.

Pengorbanan wang ringgit, tenaga dan masa bukanlah sesuatu yang terlalu sukar, malah jika terpaksa, anda sanggup berhabis untuknya.

Tanda 10.

Anda meletakkan keutamaan dalam menyempurnakan apa sahaja tugasan penulisan dan research bukan mencari alasan, apatah lagi procrastination.

Inilah 10 tanda-tanda anda menyintai apa yang anda buat sebagai calon master / PhD, bukan sekadar suka-suka.

Makin kurang tanda yang anda miliki, makin kurang cinta anda.

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL