no comments

Detik – Detik “War of Viva Presentation”

Assalamualaikum wrt.
Apa khabar semua? Mudah2an semua sihat walafiat dan bertambah bahagia. Gittuuu..

Alhamdulillah, setelah menyendiri untuk beberapa bulan bagi memperkemaskan dan menyempurnakan penulisan tesis kini sudah pun berada di tahap terakhir. Hati terasa lega, dada terasa lapang dan senyum kian berkembang bak bunga kemboja yang disinari mentari pagi.

Hakikatnya, saya cuba untuk menangguhkan proses pengajian saya atas alasan tertentu. Saya juga perlu sedar bahawa saya ada husband dan sv yang banyak menolong dan mendokong semangat saya. Dalam tempoh tersebut bermacam-macam dugaan sudah berlaku.

Sv minta saya submit juga tesis pada bulan 9 agar preperation “War of Viva” boleh dirancang dengan teratur. Seteleh mendengar nasihat pakar (senior) juga, tempoh untuk viva lepas submit tesis tu memakan masa agak lama kerana banyak perkara perlu diselidik. Korang punya viva mesti lama kan ??? hihihi

Mana tidaknya, kene bentangkan penulisan yang buat begitu lama tetapi masa kurang 20 minit untuk meringkaskan bahan penyelidikan. Perdebatan untuk mempertahankan result dan discussion itu amat perit bagi sesiapa. Perasaan cuak dan takut mesti menyelubungi diri sebanyak 360 darjah…

Jadi, pada bulan berikutnya saya dapat tahu proses pembentangan “War of Viva”  yang akan dijalankan pada tarikh dot dot dot dot dan bertempat di dot dot dot… Pada masa yang sama kita mesti nak tahu kan siapakan gerangan barisi panel “War of Viva” kita. Tak tahu macam mana nak cakap nak berkata, saya sangat syukur pada Allah sebab telah menolak hati untuk check emel spam, sebab surat panggilan viva saya ada kat bahagian spam emel. Setelah mengetahui perasaan dalam hati makin membuak-buak makin menjadi-jadi.

 

 

Sebelum beberapa minggu bermula “War of Viva” saya baca balik tesis berkali-kali sampai hadam sampai nak hancur kertas. Baca balik LR yang berkaitan. Dalam kepala sebelah kanan cuba fikirkan soalan yang memungkin ditanya oleh panel dan prepare jawapan sekali. Slide presentation memang sudah berkurun siap. Setiap masa setiap hari saya mock viva depan husband di dalam bilik malah didapur. Hari-hari duk belek slide. Kadang-kadang teringat-ingat masa tengah mandi. Hihihi.

Pada hari “War of Viva” persaan cuak membuak-buak, tak lalu makan tak ingat apa dah. Asyik fikir je. Macam mana la kalau tak lulus viva kali ni. Saya kesian dekat husband saya sebab banyak berkorban untuk ini. Sanggup ambil cuti demi nak bereskan kerja saya dan teman saya siapkan tesis, teman saya print tesis, teman saya pergi viva. “Waf of Viva” bermula pada 11.00 pagi yang memakan masa 15-20 minit.

Selepas “War of Viva”, sesi soal jawab. Kekuatan untuk saya jawab soalan yang diajukan relax sahaja, dan tak gelabah dan bila dia bagi cadangan saya mengiya kan saja. Panel dalaman tak banyak bercakap sambil tangan memeluk dada, mungkin sebab beliau memang dah tahu saya buat research pasal apa sebab masa defense proposal dulu pun dia yang jadi panel. Panel luaran yang banyak ajukan soalan, dan dia memang check bahagian LR secara detail.

Selepas 35 minit,  pengerusi panggil masuk balik dan umumkan saya lulus viva dengan pembetulan dan penambahan sikit saja. So I have 2 month to improve and corrected my thesis… So here I am, struggling to finish my thesis… please pray for my best..

So nasihat saya kepada sesiapa yang nak “War of Viva” :

  1. Datang awal, supaya kalian dapat biasakan diri dengan suasana / ruang viva tersebut.
  2. Kena faham betul-betul apa yang kita buat dan apa kita tulis dalam tesis. Kalau tak tahu jangan tulis dalam tesis. Kebanyakannya sebab mereka nak tahu betul ke kita yang buat semua projek tu, bukan orang lain.
  3. Pastikan dah khatam dan hafal muka surat. Mana tak faham jadi fahamkan setiap apa yang kita tulis.
  4. Sediakan soalan spot yang kita fikir mungkin akan ditanya.
  5. Kalau soalan yang ditanya tak terjangkau akal sebab panel tu sengaja nak menyakat atau nak tunjuk kehebatan dia… be honest… better jawab.
  6. Jangan pernah takut buat salah. Tidak ada benda dalam dunia tidak pernah buat silap temasuk research kita.
  7. Terakhir, paling pentinggg doa doa doa agar mohon Allah mudahkan urusan dan tawaqal.

Kepada sahabat seperjuangan yang kini berada, saya bangga dengan semangat kalian. Dan berharap hati saya akan terbuka untuk meneruskan perjuangan lagi. Kita pernah sama-sama termenung memikirkan masa depan di saat semuanya terasa samar. Road to “War of Viva Presentation”.

Alhamdulillah…

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL