no comments

Corak dalam Data Kualitatif 

Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti corak data kualitatif (juga dikenali sebagai “tema”). Salah satu cara ialah menggunakan kaedah berasaskan perkataan, seperti pengulangan perkataan. Dalam kaedah ini, penyelidik hanya membaca teks dan mengenal pasti kata-kata yang digunakan paling kerap. Sebagai contoh, dalam kajian tentang pemikiran kaum India terhadap politik, penyelidik mungkin mendapati bahawa kata-kata yang paling sering digunakan adalah “ketamakan” atau “korupsi” dan menggunakannya untuk dianalisis.

Teknik berasaskan perkataan lain adalah kata kunci dalam konteks. Di sini, penyelidik cuba memahami konsep dengan melihat konteks di mana ia digunakan. Sebagai contoh, jika penyelidik cuba menganalisis konsep kemurungan di kalangan responden, mereka boleh menganalisis konteks apabila responden merujuk kepada kemurungan. (Ini mungkin semasa membincangkan kesihatan mental, isu berkaitan keluarga, dan sebagainya)

Kaedah lain mengenal pasti corak dipanggil teknik berasaskan penelitian. Satu kaedah semacam itu adalah kaedah perbandingan dan kontras, di mana tema mewakili cara di mana teks sama atau berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, satu tema mungkin “kepentingan kaunselor di sekolah”, dan data teks yang dikumpulkan boleh dibahagikan kepada mereka yang menganggap perlu ada kaunselor dan mereka yang menganggapnya tidak perlu. Teks-teks ini boleh dianalisis lagi untuk mengetahui mengapa di sebalik kepercayaan setiap kumpulan.

Kaedah berasaskan penelitian lain untuk mengenal pasti corak atau tema termasuk mencari metafora dan analogi dalam teks, atau mencari penyambung dalam bentuk kata atau frasa yang menandakan hubungan antara idea atau benda yang berbeza.

 

SUMBER : https://blog.socialcops.com/academy/resources/qualitative-quantitative-data-analysis-methods

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL