no comments

Ciri-Ciri Penulisan Kritis

Contoh sorotan literatur di atas (hanya secara ringkas dan sepintas

lalu sahaja) menunjukkan anda telah bersikap kritis dengan

  1. Menjustifikasikan ‘what else need to be done’

Sebelum ini, banyak kajian melibatkan aspek psikologi pelajar seperti stail belajar dijalankan setakat memenuhi keperluan untuk membina profil pelajar (Gill, 1999; Hush, 2011 & Jill, 2000).

  1. Mengupas / analisis:

Penyelidik terdahulu (seperti Ann, 1996; Bill, 2003; Colt, 2007 & Dewey, 2010) telah mengaitkan pembinaan bahan multimedia dengan persembahan PowerPoint kerana aplikasinya yang mudah, bukannya dari aspek keberkesanannya mengikut keperluan pelajar

  1. Menyokong idea anda:

Keperluan menerapkan aspek psikologi ini telah ditekankan oleh Mayer (2012) apabila mencadangkan perlunya bahan multimedia dihasilkan berciri interaktif supaya pelajar dari pelbagai stail belajar boleh memahami bahan multimedia mengikut stail belajar masing-masing.

Perhatikan saya menggunakan istilah yang konsisten seperti ‘bahan multimedia’ dalam penulisan sorotan literatur kerana saya sedang menulis mengenai kajian saya dan bukan kajian orang lain walaupun kajian-kajian lepas yang dirujuk menggunakan pelbagai terms lain seperti ‘persembahan multimedia’, ‘persembahan PowerPoint’, ‘ pengajaran berasaskan multimedia’ atau ‘bahan pengajaran berasaskan komputer’ termasuklah yang dibina menggunakan aplikasi yang lain seperti Powtoon atau Frenzi yang secara idea dan prinsipnya membawa maksud yang sama dengan ‘bahan multmedia’.

  1. Elakkan pernyataan ‘According to…’

Sorotan literatur yang kritis bukan seperti ringkasan kajian lepas yang setiap satunya ditulis secara terasing

  • According to Anne (2007) …
  • According to Bill (2003) …
  • According to Colt (2013) …

Anda perlu menganalisis semua artikel-artikel yang relevan dan mensintesis idea dari kajian lepas tersebut bagi menjadikan idea dari kajian-kajian tersebut menyokong kajian anda.

  1. Tulis dengan jelas

Anda bukan dalam posisi mencari atau menyatakn kelemahan / kekurangan kajian lepas (kononnya sebagai ‘gap’) kerana apa yang dibuat dalam kajian sebelum ini adalah sesuai dengan konteks dan keperluan kajian tersebut ketika itu.

Anda membuat review sebagai asas membina sesuatu yang ‘baru’ sebagai contribution dan cuba memahami keperluan semasa (frontier of knowkedge) dalam kajian anda bagi menjawab soalan ‘What else need to be studied?’ untuk menjustifikasikan keperluan terkini.

Berikut adalah beberapa komentar terhadap contoh perenggan dari sorotan literatur. Baca dahulu perenggan tersebut dan kenal pasti pernyataan / ayat yang anda fikir tidak jelas.

Contoh 1:

Ramai penyelidik berpendapat bahawa Fizik merupakan mata pelajaran yang paling sukar dan melibatkan konsep yang abstrak. Namun, pemadanan strategi gaya pembelajaran dengan teknologi tertentu mampu meningkatkan pengalaman pembelajaran murid (Norlidah, 2008) dalam mata pelajaran Fizik, malah penggunaan animasi dalam persekitaran e-pembelajaran untuk mengajar sains menjadi semakin popular. Kelakuan manusia yang ditunjukkan oleh animasi mengujudkan persekitaran pembelajaran mesra pengguna menjadikan pembelajaran lebih seronok, melibatkan interaksi dan lebih memenuhi pengalaman pembelajaran (Malliga, 2009) pelajar.

Komen:

Ramai penyelidik berpendapat (siapa punya pendapat?) bahawa Fizik merupakan mata pelajaran yang paling sukar dan melibatkan konsep yang abstrak. Namun, pemadanan strategi gaya pembelajaran (maksud?) dengan teknologi tertentu (apa yang tertentu) mampu meningkatkan pengalaman pembelajaran murid (Norlidah, 2008) dalam mata pelajaran Fizik, malah penggunaan animasi dalam persekitaran e-pembelajaran untuk mengajar sains (Fizik atau Sains?) menjadi semakin popular. Kelakuan manusia (maksud?) yang ditunjukkan oleh animasi (maksud) mengujudkan persekitaran pembelajaran mesra pengguna (lebih sesuai mesra pelajar) menjadikan pembelajaran lebih seronok, melibatkan interaksi dan lebih memenuhi pengalaman pembelajaran (Malliga, 2009) pelajar.

Petikan tidak konsisten dan tidak jelas dengan setiap ayat tidak koherens dengan ayat yang lain. Bayangkan jika pemeriksa membaca 50 muka surat – mahu hilang sabar.

Contoh 2:

Sementara Che Soh (2009), melalui kajiannya tentang rekabentuk multimedia untuk siri pembelajaran berkaitan dengan bentuk dan perkembangan sel biologi, memanjangkan penerokaan ilmu pengetahuan dengan membincangkan lebih terperinci kesan dan penilaian penggunaan rekabentuk multimedia dalam aktiviti pembelajaran. Pada tahun yang sama, Irfan Naufal, mewadahkan kemampuan teknologi multimedia dalam meneroka, memanipulasi dan berinteraksi dengan objek melalui penggabungan keupayaan 3D dan pembelajaran berasaskan web. Penggabungan ini memberi peluang kepada pengguna untuk melihat, meneroka, memanipulasi serta berinteraksi dengan persekitaran bagi memudahkan pengwujudan penemuan baru dalam dunia pendidikan sains. 3D dilihat sebagai salah satu alat pembelajaran yang terbaik dan berkesan kerana melibatkan pengalaman pengguna itu sendiri apabila berpeluang untuk melihat, meneroka, berinteraksi dan memanipulasi persekitaran melalui komputer.

Komen:

Sementara Che Soh (2009), melalui kajiannya tentang rekabentuk multimedia untuk siri pembelajaran berkaitan dengan bentuk dan perkembangan sel biologi, memanjangkan penerokaan ilmu pengetahuan dengan membincangkan lebihterperinci kesan dan penilaian penggunaan rekabentuk multimedia dalam aktiviti pembelajaran (ayat ini terlalu panjang, jangan syok sendiri). Pada tahun yang sama, Irfan Naufal, mewadahkan (maksud) kemampuan teknologi multimedia dalam meneroka, memanipulasi dan berinteraksi dengan objek melalui penggabungan keupayaan 3D dan pembelajaran berasaskan web (ayat ini walaupun kelihatan canggih tetapi terlalu umum). Penggabungan ini memberi peluang kepada pengguna untuk melihat, meneroka, memanipulasi serta berinteraksi dengan persekitaran bagi memudahkan pengwujudan penemuan baru dalam dunia pendidikan sains (tulis sahaja pendidikan sains, tidak perlu ‘dunia’). 3D dilihat (lebih baik guna ‘3D berpotensi’ bukan ‘lihat’ ) sebagai salah satu alat pembelajaran yang terbaik dan berkesan kerana melibatkan pengalaman pengguna itu sendiri (elakkan guna ‘itu sendiri’, anda bukan nak berceramah) apabila berpeluang untuk melihat (lihat apa?), meneroka, berinteraksi dan memanipulasi persekitaran melalui komputer.

Nasihat saya, anda boleh menulis sambil merujuk kepada petikan asal terus dari artikel yang anda baca. Anda patut fahami apa yang anda baca dan hanya ambil idea dari petikan itu sahaja supaya tulisan anda akan lancar dalam konteks kajian sendiri, bukan kajian orang lain.

  1. Kegagalan menulis sorotan literatur dengan jelas

Contoh 1:

Gagal menjelaskan konsep / teori dalam kajian dengan jelas. Anda membahaskan beberapa konsep / teori yang tidak berkait secara lansung dengan keperluan atau perspektif kajian.

Contohnya tajuk berkaitan pedagogical content knowledge dibincangkan berdasar teori pembelajaran bermakna Ausubel. Walaupun semua teori dalam pendidikan saling berkaitan, anda perlu memilih teori yang paling relevan dengan kajian anda. Jadi bagi kajian berkaitan pedagogical content knowledge, maka teori yang paling relevan adalah teori yang dimodelkan oleh Shulman (1986, 1987, 1992). Beliau telah mengemukakan Model of Pedagogical Reasoning berkaitan aktiviti bagi pengajaran berkesan melalui pengetahuan kandungan dan pedagogi guru. Model ini mengandungi kitaran comprehension, transformation, instruction, evaluation, reflection, and new comprehension. Semua istilah yang berkaitan model inilah yang sepatutnya dikupas dengan jelas dan kaitannya dengan kajian yang dijalankan.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL