no comments

Ciri-Ciri Asas Mendeley

Mendeley sebagai perisian Reference Manager mempunyai beberapa ciri asas seperti berikut:

  • Pencarian online melalui Literature Search
  • Fungsi paparan penuh artikel
  • Mengekstrak metadata daripada fail PDF
  • Pencarian menerusi kata kunci dan operator seperti AND, NOT, published_in, author dan lain-lain
  • Penyediaan pelbagai stail format rujukan Citation Style Language(CSL) seperti APA, IEEE, Harvard, Chicago secara “what-you-select-is-what-you-get
  • Menulis petikan dan rujukan dalam perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word dan LateX
  • Synchronization dan sokongan data menerusi komputer dengan akaun peribadi berdaftar dengan Mendeley
  • Import sumber daripada web database seperti Google Scholar, PubMed dan Papers
  • Eksport fail BibTex dan import daripada EndNote
  • Membina kumpulan kolaborasi dan perkongsian sumber seperti social network

Terdapat tiga entiti Mendeley iaitu Mendeley Desktop, Mendeley Web dan Mendeley Importer yang akan disentuh dalam buku ini. Namun secara ringkas, Mendeley adalah Reference Manager berasaskan web yang boleh membantu anda mencari, menyimpan, menyusun, menulis dan membina sumber rujukan mengikut stail format yang anda pilih. Buku ini hanya akan memberi fokus kepada aplikasi Mendeley yang asas iaitu pencarian, pengurusan dan penulisan petikan serta rujukan ke dalam perisian pemprosesan perkataan MS Word.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL