no comments

CARA TULIS DEFINISI OPERASI

Cara Tulis Definisi Operasi

Satu lagi isu yang sering ditanyakan kepada saya adalah, Definisi Operasi. Terdapat banyak istilah dalam kajian yang tidak jelas dan mempunyai maklum yang luar cakupannya ataupun tidak menepati maksud yang difahami secara umum yang perlu didefinisikan secara operasi dalam konteks kajian anda supaya difahami oleh pembaca. Jika kajian anda bertajuk:

Kajian keberkesanan aplikasi koswer animasi bagi mata pelajaran Sains terhadap penguasaan konsep fotosintesis di kalangan pelajar Tahun Dua di Daerah Kajang.

Terdapat istilah yang tidak perlu didefinisikan kerana anda menggunakannya dalam konteks yang difahami umum seperti aplikasi, mata pelajaran, pelajar Tahun Dua dan Daerah Kajang. Namun begitu, istilah seperti keberkesanan, koswer animasi dan penguasaan konsep perlu didefinisikan secara operasi dalam konteks kajian anda. Pembaca / penilai tak akan bertanya maksud pelajar Tahun Dua, atau mata pelajaran atau Daerah Kajang. Jika ada 100 orang, mereka akan memberikan maksud yang hampir sama.

Berbeza dengan istilah seperti koswer animasi dan penguasaan konsep. Masyarakat umum memahami koswer animasi sebagai koswer yang ada animasi seperti gerakkan teks atau objek, namun bagi kajian anda maksudnya agak khusus. Begitu juga dengan istilah keberkesanan yang ada maksud yang lebih khusus dalam konteks kajian anda. Maka istilah-istilah seperti ini wajib anda berikan definisi operasi seperti berikut:

Berikut adalah contoh definisi operasi

  • Keberkesanan – Perbezaan skor ujian pasca berbanding dengan ujian pra.
  • Koswer animasi – Koswer tajuk fotosintesis Tingkatan Dua yang menggunakan animasi bagi menunjukkan proses berlakunya fotosintesis secara eksplisit. Animasi ini dibina berdasarkan model konstruktivis Posner (2009).
  • Penguasaan konsep – Perbezaan min skor ujian pasca pra yang diperolehi selepas menjawab 30 soalan konsep berkaitan proses fotosintesis.

Jangan sekali-sekali (dua kali lagi tak boleh)  merujuk definisi dari Kamus Dewan atau kamus apapun lebih-lebih lagi Wikipedia kerana ianya membawa maksud umum dan bukan dalam konteks kajian anda.

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL