no comments

Cara Nak “Elak” Menulis “As Cited In” Kerana Tiada Artikel Asal

Cara Nak “Elak” Menulis “As Cited In” Kerana Tiada Artikel Asal

Aku faham… banyak idea penting yang di cited oleh author yang sangat releven dgn kajian anda, sedang anda hadapi kesukaran untuk dapatkan artikel asal.

Ini bukan short cut atau trick tetapi cara review yang betul dengan membaca sumber asal yang mana idea yang sama dibincangkan… bukan sekadar “as cited in” sebab menulis “as cited in” akan merendahkan “makam” review anda kerana anda hanya memetik dari sumber kedua…

Contohnya: Petikan dari Othman (2007) “Realizing that science concepts may not always be compatible with students’ existing ideas, Posner, Strike, Hewson and Gertzog (1982) through their conceptual change model, argued that conceptual change can be promoted when students are dissatisfied with their current understanding and feel that their current understanding must be changed for a better conception. For the authors, students are likely to accept new ideas if they are unsatisfied with their own current understanding and feel that the understanding must be changed….”

Anda pun membaca artikel Othman (2007) dan tertarik dengan idea dari Posner, Strike, Hewson & Gertzog (1982) tetapi mengalami kesukaran untuk mendapatkan artikel asal. Anda juga tidak boleh guna “as cited in” hanya kerana anda tidak memperolehi artikel asal tersebut.

Oleh itu, anda boleh sahaja beralih kepada idea yang sama dalam artikel yang lebih “latest” tetapi ditulis oleh author yang sama atau maybe author yang berbeza… atau dari snowball dalam artikel yang anda baca… yang membincngkan idea yang sama. Maka andapun mendapat satu artikel dari Strike and Posner (1992) yang mengembangkan idea yang anda ingin petik dari senarai rujukan yang disertakan.

Maka anda pun menulis dan mengupas idea yang sama untuk kajian anda seperti:

“Strike and Posner (1992) argued that new conception must meet at least three conditions when students are dissatisfied before conceptual change can take place. The new conception must be intelligible; plausible and fruitful in such a way for students to accept new ideas and induces meaning between the students’ existing ideas and the new ideas being taught…”

Apa yang anda tulis di atas, tetap membincangkan idea yang sama yang anda baca dari satu artikel penuh… tanpa mencacatkan apa2… tak payahlah mencarinya sampai ke kurun 15 lantaran anda bukan membuat kajian sejarah !!

Sumber: Blog Dr Othman Talib
Dari Team MPWS

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL