no comments

Cara Menguji “Kepakaran” Supervisor!

Izinkan saya mencoret tujuh cara mencabar “pengetahuan” SUPERVISOR dan jangan bimbang, mencabar disini membawa makna berbahas, meminta bukti atau memberikan pandangan yang berbeza dari pandangan atau pendapat SUPERVISOR.

SUPERVISOR adalah seseorang yang berpengetahuan dalam sesuatu bidang kajian, namun perkembangan semasa menjadikan sesuatu bidang tersebut berkembang pesat khususnya bidang yang bukan menjadi fokus kepada SUPERVISOR untuk sesiapa sahaja memberikan pandangan alternatif.

Pertama: Jadikan diri anda “EXPERT” juga

Anda boleh berdiskusi dan memberikan pandangan yang berbeza kepada SUPERVISOR jika anda sendiri menguasai pengetahuan tersebut. Jadi, tiada jalan lain selain mendalami pengetahuan tersebut terlebih dahulu, membaca bahan terbaharu dan terkini sehingga menguasainya, malah pengetahuan anda mungkin melebihi apa yang diketahui oleh SUPERVISOR sendiri.

Misalnya ada SUPERVISOR membuat kajian dalam multimedia, hanya melihat multimedia sebagai presentation tool, bukan instructional strategy yang membolehkan multimedia dengan segala teorinya diaplikasikan dengan lebih efektif  dan efisyen. Jika anda menguasai aspek instructional strategy, anda punya kelebihan berbanding SUPERVISOR anda yang hanya bergantung kepada multimedia learning teori.

Kedua: Minta pandangan pihak ketiga

Dalam dunia scholar, anda boleh berbincang dengan pihak ketiga termasuklah pensyarah di IPTA yang lain, malah penyelidik dari luar negara atau rakan-rakan yang membuat kajian yang sama dengan bidang kajian anda, yang boleh memberikan pandangan dan penjelasan selain dari SUPERVISOR anda. Berkemungkinan penjelasan pihak ketiga menambah pengetahuan anda, maka bolehlah anda berdiskusi serta memberi pandangan alternatif demi pemahaman yang lebih baik untuk kajian anda sendiri.

Ketiga: Ego vs Ilmu

Tidak semua SUPERVISOR menguasai  semua analisis data. Katalah anda bercadang untuk membuat kesahan kepada soal selidik dengan model Rasch melalui perisian Winstep sedangkan SUPERVISOR anda lebih cenderung kepada pendekatan statisitk klasik menggunakan SPSS. Oleh itu, minta penjelasan kepada SUPERVISOR anda, sejauhmana dia tahu akan model Rasch serta penggunaan aplikasi Winstep.

Keempat: Minta bukti dakwaan SUPERVISOR

Selalu juga SUPERVISOR contohnya berkata “kajian yang baik adalah kajian yang ada impak”, “Apa guna buat kajian kalau dah banyak orang buat”, “Mana boleh buat PhD kalau tidak ada originality” atau mengatakan “proposal anda tidak lengkap” dan sebagainya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah meminta bukti atau contoh kajian yang dimaksudkan sebagai kajian berimpak. Lagi sesuai jika bukti tersebut diminta dari hasil  kajian SUPERVISOR sendiri atau minta kajian SUPERVISOR yang tidak pernah dibuat orang atau minta sebarang proposal yang dia buat. Bagus juga jika anda meminta tesis PhD atau sarjana untuk bacaan anda.

Kelima: SUPERVISOR sama seperti anda

SUPERVISOR adalah manusia sama seperti anda, ada kalanya terlupa, ada kalanya wujud salah faham, bias, cenderung kepada satu-satu school of thought dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi takkan anda tidak boleh bagi pandangan dan pendapat alternatif yang anda percaya lebih sesuai dengan kajian anda sendiri melebihi apa yang mungkin dicadangkan oleh SUPERVISOR.

Jika SUPERVISOR boleh membuat kajian dan menguasai sesuatu bidang, begitu juga dengan anda. Dalam era ICT ni, anda boleh mendapat bahan jauh lebih banyak dari SUPERVISOR anda, apatah lagi fokus kajian anda mungkin tidak sepenuhnya dikuasai SUPERVISOR. Jadi kenapa takut nak berdikusi dan memberikan pandangan alternatif kepada SUPERVISOR anda.

 

Keenam: SUPERVISOR pun berbalah sesama sendiri !

Pernah dengar SUPERVISOR pertama tidak setuju dengan SUPERVISOR kedua. Apa maknanya ini? Ini maknanya, pendapat merekapun saling bercanggah dengan masing-masing saling mempertahankan pendapat sendiri. Oleh itu memang wujud ruang untuk anda juga mengemukakan pendapat dan pandangan anda yang mungkin bercanggah dengan SUPERVISOR anda. Hal yang sama berlaku juga semasa viva apabila panel mempunyai pendapat bercanggah, adakalanya saling mempersoalkan pendapat panel yang satu lagi.

Jadi tulisan saya ini bukanlah sesuatu yang baharu, jadi kepada bakal-bakal SUPERVISOR, anggaplah perbahasan dalam dunia scholar patut menjadi satu yang  positif yang sihat yang akan memeriahkan lagi dunia tersebut, bukan sebaliknya dianggap negatif hanya kerana anda telah mempunyai PhD, DBA dan lain-lain yang setaraf .

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL