no comments

Cara Dapat 4 Tajuk Dalam Masa 30 Minit

Fanatic gap boleh baca dan SHARE dgn kawan-kawan… terutama yg dah 2 sem tak jumpa tajuk.

Mula-mula bezakan TAJUK dan TOPIK. Tajuk kajian adalah apa yang ditulis pada tesis dan topik adalah bidang kajian. Apapun tajuk yang anda sediakan utk proposal, ia adalah working title dalam topik tersebut kerana boleh berubah.

Berikut adalah cara anda berfikir, berdasarkan pengetahuan asas, pengalaman dan isu semasa serta rujukan sokongan utk mendapatkan masalah (persoalan yang belum terjawab). Anda tentunya bukan batu yg tak tahu apa-apa sebagai Postgraduate…

Contoh:
1. Anda cikgu Sains dan Matematik, anda tentunya terbiasa dgn topik ‘Pendidikan STEM’ yang dikaitkan dengan tugas anda dalam pengajaran yang kemudian berkaitan ‘IR4.0’, isu semasa.

2. Pendidikan STEM adalah topik utama anda dan kaitkan dengan perlaksanaannya dalam konteks IR4.0 yang hangat dibahaskan oleh KPM kerana ada ‘Persoalan Yang Belum Terjawab’ yang menjadi “Problem’ utk dikaji – bagaimana aplikasi pengajaran berkaitan IR 4.0 dalam Pendidikan STEM dapat meningkat minat dalam aliran STEM.

3. Wujud masalah (persoalan yang perlukan jawapan) dari kenyataan pihak berautoriti, dibahaskan juga oleh penyelidik / pakar dalam artikel dan menjadi topik dalam pelbagai event spt konferens. Maka ini antara kata kunci yang terlibat, katakan yang anda tahu kerana sentiasa mengikuti perkembangan dalam seperti termasuk kurangnya murid berminat dgn Pendidikan STEM

Katakunci yang hangat:
computational thinking, innovative problem solving, algorithmic thinking, programming empowerment, computational literacy, computational modeling, AI, prediction, customized education, big data, cloud service, robotic, coding

4. Katakunci di atas pun boleh ditemui dgn mudah dari media massa, konferens, proceedings, contemporary discussion, reports, laporan terkini, artikel semasa…

5. Semua katakunci di atas akan menjadi TRIGGER kepada pencarian tajuk kajian anda dalam topik Pendidikan STEM dari aspek aplikasi dalam pengajaran yang dikaitkan dengan IR 4.0 bsgi meningkatkan motivasi pelajar.

5. Pencarian melalui Mendeley kepada artikel terkini akan menghasilkan DENGAN CEPAT dan hampir SPONTAN tajuk dummy / working title yang latest dan ‘at the frontier of knowledge’

7. Rasional ?
Kerana katakunci dan masalah yang nk dikaji mesti REAL dan bukan metafora.

8. 30 minit ?
Boleh sahaja bermula dgn satu atau gabungan beberapa katakunci, dan kumpulkan beberapa artikel terkini utk mendapat idea baru dari perspektif bidang anda sendiri masing-masing, digabungkan dgn pengalaman industri sendiri dan maybe sedikit pandangan experts bagi menghasilkan satu kajian yang ‘contribute to knowledge’. Ini hasil pencarian dengan Mendeley dlm 20 minit… lama tu kalau 30 minit !

Mendeley search 1: Pilih 1 artikel
title:”computational thinking” AND title:motivation AND year:[2016 TO 2019]

“Assessing primary school students’ intrinsic motivation of computational thinking,” 2018.

Mendeley search 2: Pilih 2 artikel
title:”computational thinking” AND title:self-esteem AND year:[2017 TO 2019]

“Effect of Robotics on Elementary Preservice Teachers’ Self-Efficacy, Science Learning, and Computational Thinking,” 2017.

“Computational thinking, programming self-efficacy, problem solving and experiences in the programming process conducted with robotic activities,” 2019.

Mendeley search 3: Pilih 2 artikel
title:”computational thinking” AND title:coding AND year:[2017 TO 2019]

“Computational Thinking in Innovative Computational Environments and Coding” 2017.

“Coding games and robots to enhance computational thinking: How collaboration and engagement moderate children’s attitudes?,” 2019.

9. Dapat 4 working title ?
Pembacaan dari abstrak 5 artikel di atas, PG dah boleh merangka working title, bukan 1 tetapi 4 seperti berikut yang semuanya cuba di kajian bagi mendapatkan jawapan kepada masalah yg boleh mbawa jawapan ‘motivation towards science subject’.

Ini belum lagi dilakukan proses snowball, yang boleh sahaja menghasilkan lebih banyak working title. Jangan takut, tajuk ‘bebas gap’ berikut lebih dari sampai maqam PhD / Master, ada novelty, ada contribution, boleh dapat awards dan IP !

Bayangkan kalau anda review 10 artikel diikuti dhn snowball, banyak lagi working title boleh disenaraikan – jangan takut, tiada dua kajian yang sama atas muka bumi ini, kecuali berlaku ciplak.

Working title 1:
Development of an integrative computational thinking module to enhance student self-efficacy, engagement and intrinsic motivation towards science subject

Working title 2:
Development of an integrative robotics module to enhance student self-efficacy, attitude and intrinsic motivation towards science subject

Working title 3:
Development of an integrative computational thinking module to enhance student self-efficacy, performance and intrinsic motivation towards science subject

Working title 4:
The integration of coding activities and computational thinking in Project-Based Learning to enhance student self-efficacy, self-esteem and intrinsic motivation towards science subject

10. Akhirnya Postgraduate dah boleh mula membaca secara focus dan mendalam 9 aspek berikut sebelum menentukan tajuk paling sesuai.

– Integrative Computational Thinking
– Module Development
– Self-Efficacy
– Engagement
– Self-esteem
– Intrinsic Motivation
– Integrative Robotics Activities
– Coding Activities
– Project-Based Learning

Walaupun dapat tajuk 30 minit… anda perlukan 3 tahun utk jalankan kajian dan melalui proses biasa seorang PG

Sumber: Dr Otman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL