no comments

Cara Baca Journal Artikel – 7 Bahagian VS 7 langkah !!

Pelik jugakkan…. tak ada kelaspun mengajar cara baca journal… SV pun tak pernah ajar kot…. jadi pandai2 kau lah nak baca macam mana… nak terlentang atau meniarap pun tak sapa yang kisah… Tapi pelik juga… ramai yang bersungut…. sambil bergoyang sesungut…. susahnya nak baca journal article (JA). Susah ker? Takkan lah susah sebab JA ni nipis jer bro…. bukan macam buku beratus2 pages….. malah JA ada satu format jer bukan ada macam2 format macam buku. Inilah SATU format JA yang established dgn 7 bahgian mudah:

1. Title: Pilih yang skopnya dalam bidang kajian kau… dan tajuknya menepati fokus kajian

2. Abstract Ringkasan methods, findings, discussion dgn argument kenapa kajian tersebut signifikan utk dijalankan.

3. LITERATURE REVIEW Menyediakan informasi berkaitan argumentasi dari kajian lepas dan cuba dptkan kaitannya dengan keperluan kajian yang kau nak jalankan.

4. Methodology Menyediakan informasi bagaimana study dijalankan spt: Approach – quanti (survey, experimental) or quali (spt interviews, ethnography, participant observation, or content analysis) Siapa sample dan populasi

5. Results / Finding Data analysis dan ringkasan data dalam Table / Chart dan analysis yang dijalankan

6. Conclusion/Discussion Summarizes the findings and kenapa dapatan tersebut penting. Limitasi dapatan. Aplikasi dapatan (if any) dan adakalanya dinyatakan future research.

7. Citation / References / Bibliograpy Ini utk kau snowball lah bro…. Apa yang kau nak cari dari JA yang kau kumpulkan? Kau takkan baca semuanya… huruf demi huruf… Katalah kau ada 100 artikel yang tajuknya seakan releven dgn kajian kau…. takkan kau nak baca semuanya begitu sahaja… bukan apa… takut kau giler artikel !!

Jadikan lakukan langkah berikut:

1. Bear in mind Ketika mula membaca JA, fikirkan apa yang sedang ko cari dalam JA tersebut sesuai dgn area of investigation dan topic of interest kau. Jadi kau kena ada idea umum tentang RESEARCH QUESTION yang bakal kau kaji seperti “Apakah kesan animasi terdapat perlajar berbeza pencapaian dalam memahami sesuatu konsep”. Jadi JA yang ada statement / variable/ argument tentang pengajaran berkaitan animasi/ stail belajar pelajar berbeza pencapaian/theory berkaitan animasi adalah JA paling sesuai dianalisis.

2. Lihat nama journal Pastikan ia indexed journal, scopus atau ada IF.

3. Lihat authors Lihat samada author tersohor atau ko tak kenal lansung… kalau author adalah sifu… berikan priority

4. Lihat juga institusi Kalau MIT… Monash…Colorado tentu expectation kau lebih tinggi utk membaca JA tersebut berbanding dgn UPM, UKM atau Chulalongkorn university.

5. Lihat tahun Kalau dah lebih 5 tahun…. KIV apatah lagi yang >10 tahun. Kau akan merendahkan thesis kau kalau kupasan frontier of knowledge kajian kau merujuk kepada kajian yang dah 15 tahun ! Give priority to the latest dulu bro…

6. Dah dapat yang dicari Selak-selak dulu…. kalau ada 3 mukasurat jer… dgn 5 citation…. kiv.. tak yahlah aku nyatakan kenapa… nanti otak kau berhenti berfikir ler pulak.Kalau > 3 pages dgn citation yang >10… kira oklah tu..

7. Bila dah kompom artikel yang cun. Kau baca abstact – baca argument dan kenapa author memilih argument tersebut utk dikaji. Kalau relevan / selari dgn apa yang kau nak buat berkaitan kajian kau…. boleh teruskan bacaan dulu. Tetapi bacalah berdasarkan thema seperti tajuk yang sama, variable yang sama, keyword yang sama dgn kajian kau…. sampling teknik yang ko nak tahu lebih lanjut…. dapatan kajian yang menyokong urgency kajian kau….methodology yang ko sedang fikirkan utk kajian ko…. theory yang sesuai dgn variable dan pernyataan masalah dan lain lain Setelah menemui quotation yang sesuai lakukan proses “cite while you read”.

Contoh: Quotation: A, B and C (2010) suggested that intrinsic motivation as behavior that is driven by inner rewards. Paraphrasing: Intrinsic motivation is crucial for student as they need internal force (A, B & C, 2010) to keep success in academic. Jika guna Mendeley…. semua perkataan intrinsic motivation dlm mana2 100 JA boleh dicari dlm sekelip mata…. Jangan lupa jika perlukan maklumat lanjut…. lakukan snowball bahagian citation…. Ingat….. jangan pulak bila dapat 100 artikel yang kelihatannya relevan…. kemudian kau bertapa dalam library membaca setiap satu JA perkataan satu demi satu…

Sumber: DR OTHMAN TALIB

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL