no comments

CALON PHD YANG SUDAH VIVA INI KONGSI TIPS KEJAYAAN DALAM PENGAJIAN

Assalamualaikum semua,

Ketika ini saya sedang membuat pembetulan dalam tempoh 6 bulan.

 

Sedikit tips yang saya share sepanjang menjadi calon PhD (dan masih lagi menjadi calon).

 

  1. Mula berjinak dengan penyelidikan sebelum daftarkan diri sebagai calon PhD. Anda kena masuk bengkel Penyediaan Proposal. Untuk sampai ke Viva, saya sendiri telah attend sebanyak 3 kali Penyediaan Proposal.

 

  1. Mulakan menulis jurnal mengikut research objektif kajian anda sebelum proposal defense bagi mencapai target publication berindex kerana penerbitan memerlukan masa yang agak panjang. Anda mungkin terima komen2 yang pedih pada peringkat permulaan namun ia sangat membina.

 

  1. Kenalpasti nature kajian anda dengan baik seawal mungkin, ia dapat membantu anda fokus dalam kerja2 analisis. Jika tidak, anda menghabiskan banyak wang untuk semua kursus. Jadi decide awal2 .If quantitative decide which one pls sem or cb sem or just regression.

 

  1. Cuba memasuki pertandingan inovasi, poster competition or Innovative & Creative Circle kerana pengalaman2 tersebut sangat berharga untuk membina keyakinan diri.

 

  1. Teruskan membaca dan menulis setiap hari walaupun hanya 1/2 jam. Kalau tak sempat baca pun takpa. Bawa je ke mana2 untuk beri semangat.

 

  1. Raikan setiap kejayaan yang diperolehi. Contohnya, kalau lulus proposal defend, or berjaya analisa data dengan betul, boleh bawak family pergi ke Legoland ke or mana2 la.

 

  1. Cari rakan rakan baru dalam FB yang selalu memberi motivasi dan kata rangsangan. ini sangat penting untuk kekalkan motivasi sehingga ke akhir garisan.

 

  1. Cuba libatkan diri anda dalam penilaian jurnal berimpak tinggi. Anda akan terdedah kepada idea2 baharu yg masih belum dipublish secara meluas yang mana boleh membantu perkembangan tesis anda.

 

  1. Pastikan hubungan baik dengan SV anda berterusan.

 

Teruskan perjuangan kepada rakan rakan semua disini. This journey is so wonderful…

 

(Pandangan dari seorang calon PhD yang non-academician)

 

Sumber :  Hamdy Abdullah

Daripada : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL