no comments

Boleh ke Buat Research tapi “TAK ADA THEORY”

Boleh ke Buat Research tapi “TAK ADA THEORY”

Post ini adalah respon dari pertanyaan:
Macam mana nak buat research kalau tiada teori dari kajian lepas mahupun dalam buku dan lain-lain?

Macam ni lah… kau nak buat research. Sebelum kau buat research kau nak tahu apa yang dah dibuat dalam kajian lepas utk kau rasionalkan apa yang perlu dibuat lagi dalam kajian kau.

Apa lagi….. kau pun mulalah membuat literature search utk membuat LITERATURE REVIEW – maka jangan lah kau tak tahu bahawa membuat LITERATURE REVIEW dari previous studies ini adalah sebenarnya kau sedang membaca “THEORY” kepada kajian yang kau nak buat !!

Bukan kah teori tu macam ada nama – Maslow’s Need Theory atau Mayer Multimedia Learning Theory dan lain-lain ….termasuk yang tak ada nama seperti Supply and Demand theory?

Aku nak tanya kau satu silly question.. Dari mana datangnya semua teori tersebut?

Datang dari kajian2 lepas yang dibuat oleh penyelidik lepas spt Maslow, Mayer dan penyelidik2 lainlah !

Hah…. sebab itulah theory adalah rumusan2 kajian lepas yang kau review dalam LITERATURE REVIEW untuk menyokong keperluan kajian yang ka nak buat… jadi tak semestinya theory tu ada nama seperti conceptual change theory yang merujuk kepada kajian2 lepas yang berkaitan dengan fenomena conceptual change tersebut…..

Apa yang kau buat masa menyediakan LITERATURE REVIEW ?
A. Mendefinisikan semua terms / variables / keywords seperti yang digunakan dalam kajian lepas.
B. Mengenalpasti dan membuat critical review kajian lepas terutama yang melibatkan variable maka inilah teory supaya kau boleh buat kajian dari perspektif baru berdasarkan variable yang maybe baru atau variable sedia ada dalam kajian lepas tapi dijalankan dalam setting yang baru !

Secara ringkas LITERATURE REVIEW diperlukan bagi kau menjelaskan pengendalian kajian2 lepas dalam topik yang sama sebagai teori kepada kajian yang akan kau lakukan…. Cuma ada topik kajian yang jelas dijalankan berdasarkan “sesuatu theory yang specific” tetapi ada juga kajian yang dijalankan berdasarkan “apa yang telah dijalankan oleh kajian lepas” tanpa “sesuatu theory yang specific” !

Jika terdapat theory yang jelas dgn variable2 tertentu…. Kau boleh bina theoretical framework…. Tetapi jika tiada…. Kau boleh gabungkan variable2 dalam kajian lepas utk hasilkan conceptual framewok khusus untuk kajian kau sendiri… dan fokus kajian jangan terkeluar dari kerangka ini.

Walau bagaimanapun…. kebanyakkan kajian akan ada theoretical framework dalam LITERATURE REVIEW dari kajian2 lepas dan dari sini kau boleh bina conceptual framework kajian kau sendiri di bahagian methodology. Bagaimanapun… terdapat kajian yang secara relativenya “baru” yang tiada “theory yang specific” maka kau buat critical review di bahagian LITERATURE REVIEW tanpa ada theoretical framework….. tetapi kau mesti ada conceptual framework kajian kau tersebut.

Ingat… theory adalah sesuatu yang dah “established” manakala concept adalah idea yang kau nak uji. Jika idea ini consistent dengan dapatan kajian setelah diuji…. ia akan menjadi theory!!

In a nutshell….. LITERATURE REVIEW itulah bahagian theory bagi sesuatu kajian

Sumber: Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL