no comments

Biasiswa MARA untuk Pelajar Master&PhD – 2019

Salam Pascasiswazah 1 Malaysia!

MARA akan membuka permohonan untuk pembiayaian pelajaran peringkat Master & PhD (dalam dan luar negara) di bawah Program Kecemerlangan Graduan (GrEP) 2019.

 

TARIKH PERMOHONAN

15 Februari 2019 – 25 Februari 2019

 

PERINGKAT PENGAJIAN : Sarjana / Doktor Falsafah

 

BIDANG PENGAJIAN

  1. Alam Bina
  2. Multimedia
  3. Information & Communication Technologies (ICT)
  4. Aeroangkasa & Industri Rel
  5. Kejuruteraan
  6. Sains
  7. Sains Perubatan
  8. Sains Sosial

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Pemohon adalah berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2019:
    1. Sarjana – Dalam negara (Tidak melebihi 40 tahun)

– Luar negara (Tidak melebihi 35 tahun)

  1. Doktor Falsafah – Dalam negara (Tidak melebihi 45 tahun)

– Luar negara (Tidak melebihi 40 tahun)

  1. Telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.
  2. Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada Disember 2019.
  3. Salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  4. Pengajian Dalam Negara:
    1. Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian Awam (Universiti Awam) dan Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
  5. Pengajian Luar Negara :
    1. Mendapat tawaran tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara daripada 10 Universiti Terbaik mengikut Negara DAN 30 Universiti Terbaik Dunia mengikut Bidang (Top 10 Universities by Countries AND Top 30 World Ranking University by Subjects) di bawah QS World University Ranking 2019. Nota: Walaubagaimanapun pertimbangan kepada pemilihan universiti juga tertakluk kepada keperluan pendidikan dan keperluan industri.
  6. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  7. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  8. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
  9. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  10. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  11. Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

 

SYARAT PROGRAM

  1. Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  2. Permohonan terbuka untuk pengajian secara kerja kursus (Course Work) atau penyelidikan (Research) secara SEPENUH MASA termasuk Mixed Mode (Kerja Kursus dan Dissertation).
  3. Hanya pemohon yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang yang dinyatakan dan Institusi Pengajian Tinggi yang disenaraikan sahaja akan dipertimbangkan.

 

TEMPOH PINJAMAN

Tempoh pinjaman bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

Sarjana : 1 – 2 tahun 4.

Doktor Falsafah : 3 tahun

 

PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 15 Februari sehingga 25 Februari 2019.
  2. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.

 

Telefon : 03-2613 2103 / 35032 / 32067

Emel : pascasiswazah@mara.gov.my

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL