no comments

BERFIKIRLAH BEGINI BILA MENULIS LITERATURE REVIEW

Saya nak sentuh dulu apa yang dimaksudkan dengan sepintas lalu tu. Katalah tajuk kajian anda berkaitan CRITICAL THINKING (CT) dan HEMISPHERICITY (HS – left and right brain) dalam kalangan pelajar Sains dan ARTS.

Saya sendiri tak tahu apa maksud sebenar tajuk tersebut. Jika anda berminat untuk membuat kajian yang berkenaan, anda kena meninjau sepintas lalu, antaranya perkara berikut:

Sejarah kewujudan istilah CT dan HS dan siapakah pelopornya. Ini akan membawa anda ketahun 1975 apabila Roger Sperry memenangi Nobel Prize kerana kajian HS beliau. Bagaimana pula dengan CT yang mula dibicarakan oleh Dewey pada tahun 1930?

Anda perlu tahu latar belakang sejarah dua istilah ini dan bagaimana kedua-duanya menjadi penting dalam konteks pendidikan di barat dan di Malaysia. Anda kena tahu nama-nama besar dalam kajian kedua-dua istilah seperti Bogen (1975), Murphy (1985), Strenbag (1986), Thomson (1996), sehinggalah kepada penyelidik semasa termasuk di Malaysia seperti Chua (2006).

Anda kena tahu aliran perubahan dan perkembangan pengetahuan dalam kajian CT dan HS, teori-teori yang saling menyokong dansaling bertentangan seperti model spilt brain theory, model parallel, model insight thinking dan lain-lain. Apakah andaian-andaian yang digunakan dalam membangunkan model dan teori tersebut serta kajian-kajian yang menyokong atau yang contradict dengannya.

Anda juga perlu tahu istilah dan terminologi yang digunakan dalam skop yang saman seperti concrete thinking, sequential thinking, lateral thinking, vertical thinking, whole brain, dan lain-lain bagi menggambarkan penguasaan anda dalam literatur kajian anda tersebut.

Ingat dik oii, anda buat Master dan PhD, tahap tertinggi tu. Kalau anda tak kuasai latar belakangdan perkembangan bidang kajian anda sendiri, elok tulis novel kanak-kanak jer,yang ada gambar dinasour, macam Wardina.

Then bila dah tahu latar belakang sejarah dan perkembangan, anda kena tahu pula current discovery, current research, current methodology, dan macam-macam current lagi dalam bidang yang anda kaji.

Juga anda kena tahu current issues yang sering dibahaskan. Oleh kerana perbahasan ini luas maka anda perlu fokuskan, katakan bidang pendidikan. Jika anda di bidang pendidikan isunya seperti “Sejauh manakah kesan CT dengan pencapaian pelajar ?” atau “Adakah benar pelajar yang menggunakan otak kiri secara dominan lebih kreatif”, “Bagaimana mengukur CT dan HS pelajar” dan semua isu yang dibincang dalam journal-journal artikel mainstream dalam bidang anda.

Anda juga perlu tahu metodologi kajian sejak dahulu hingga sekarang supaya anda boleh memantapkan lagi metodologi bagi kajian anda.

Jadi, saya ulang, jadi, jika anda tak tinjau dan kuasai perkara di atas, macammana anda nak buat LR? Bukan sahaja nak tulis LR, nak buat outline LR pun tak boleh.

Bila SV baca LR anda, keletihan dangkal, cetek dan tak comprehensive. Bila dia tanya sikit jer, anda tak boleh jawab, maka tension ler jawabnya!

Jika inilah hal yang berikut, anda seperti orang “a blind Man and a dinasour”. Anda tak mampu menjelaskan the whole picture dan gagal figure out the dinasour correctly sedangkan orang yang akan menyemak dan membaca LR anda adalah Steven Spielberg yang dah kaji banyak tentang dinasour.

Berbalik kepada LR, anda TIADA PILIHAN melainkan MEMBACA sebanyak munhkin material yang dapat memberikan anda tinjauan menyeluruh aspek yang anda ingin kaji.

Sebagai permulaan, dengan bantuan internet dan artikel-artikel umum termasuk Wikipedia, anda dah boleh mendapatkan sedikit asas tinjauan kajian anda sebelum menentukan tajuk. Zaman-zaman dulu mana ade semua ini. Cuma ingat , Wikipedia tidak boleh dimasukkan sebagai citation. Anda kena cari juga sumber asal maklumat yang dibaca.

Sebab itulah saya dah pesan, jangan terlalu ghairah untuk cari tajuk bombastic yang mungkin tak tercapai akalmu atau yang di luar pengetahuan anda, atau menentukan tajuk dahulu sebelum membuat intensif pre-reading atau berbangga dengan isu baru yang anda ingin kaji sedang knowledge anda masih jauh lagi!

Sebab itu ramai pelajar hanya berbangga dengan tajuk yang diilhamkan dari pemerhatian atau pembacaan satu dua majalah atau surat khabar atau terbit dari sentiment peribadi, tetapi kemudiannya tension mension untuk menyiapkan LR.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL