no comments

Bagaimana Untuk Mencari Artikel Dalam Mendeley

Bagaimana Untuk Mencari Artikel dalam Mendeley?

Langkah awal yang perlu dijalankan oleh siswazah adalah mengumpul artikel dalam bidang kajian masing-masing melalui proses literature search. Artikel-artikel ini perlu dimuat turun supaya menjadi data dalam Mendeley untuk tujuan membuat petikan dan senarai rujukan.

Fungsi ini berguna kerana boleh membantu siswazah memulakan pencarian secara “rambang” di samping mengetahui bahan-bahan Ilmiah terutamanya nam jurnal dalam bidang yang ingin di kaji.Kelebihan Literature Search dalam Mendeley perlu dimanfaatkan oleh siswazah.Mendapatkan artikel terkini dan semasa adalah pencarian jurang kajian supaya kajian anda tidak dianggap ketinggalan zaman.

Pencarian melalui fungsi Literature Search hanyalah satu penerokaan awal. Tambahan, hasil dapatan bukanlah dalam bentuk artikel penuh yang boleh di muat turun dan disimpan dalan folder komputer anda. Timbul persoalan, bagaimana untuk mengetahui bahan mana yang sesuai dari senarai yang dipaparkan hasil pencarian Literature Search Mendeley?

Aspek paling penting bagi setiap bahan yang dipaparkan hasil pencarian Literature Search Mendeley adalah abstrak yang boleh dibaca. Abstrak adalah komponan penting dalam penerokaan awal artikel supaya anda hanya akan mendapatkan artikel yang benar-benar relevan dengan kajian yang bakal amda lakukan.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL