Bagaimana Nak Cari Tajuk Tesis Yang Baik
Ramai yang pening tiada idea atau Ilham untuk mencari tajuk untuk membuat tesis dengan baik.
Ini adalah ciri-ciri untuk mancari tajuk yang baik
Ciri 1: Catchy dan dapat menarik minat
Tajuk ini sekurang-kurangnya menarik minat golongan pendidik serta mereka yang berada dalam dunia pendidikan. Jangan sampai merasakan mereka dalam bidang yang sama pun menyampah dengan tajuk atau menganggapnya dah basi! Nanti bila nak presentt paper, tak sapa pun nak dengar.
Ciri 2: Mempunyai kata kunci atau terminologi atau istilah utama yang selari dengan istilah penyelidikan semasa
Kata kunci “mnemonik” bersifat semasa dalam pendidikan sains bagi memudahkan pencarian rujukan. Jangan guna perkataan sendiri ikut suka hati anda seperti strategi “menghafal”.
Ciri 3: Menyatakan pendekatan kajian
Kajian kuantitif ini mengkaji kesan IV (teknik mnemonik) terhadap prestasi biologi (DV) menunjukkan kajian kuantitatif akan dijalankan.
Ciri 4: Hadkan tak lebin 20 patah perkataan
Tajuk paling baik adalah yang pendek dan catchy. Tapi itu lebih sesuai untuk artikel. Tesis perlukan tajuk yang lebih jelas dahulu dan tak pukka menjela-jela sampai semput nak menyebut dan menulisnya.
Sumber: Dr Othman Talib