no comments

Bagaimana Mencari Bahan yang Relevan Mengunakan Mendeley

Anda teah pun mempunyai akaun dengan Mendeley.Ini membolehkan anda membuka mendeley web di mana sahaja dan dengan apa sahaja komputer secara online.

Anda juga boleh mempunyai Mendeley Desktop di lebih daripada satu komputer. Katakan anda membuat perubahan pada komputer A, Seperti menambah artikel, maka dalam persekitaran Wi-Fi akan berlaku synchronization pada komputer B untuk mendapatkan perubahan yang sama.

Katakan anda baru mendaftar sebagai pelajar Sarjana dalam bidang Pendidikan. Anda adalah guru sains dan anda berminat dalam bidang Multimedia. Terdapat pelbagai isu yang bermain di fikiran anda, bagaimana seharusnya multimedia digunakan dalam pengajaran Sains.

Anda percaya bahawa persembahan slaid PowerPoint yang disediakan oleh guru sains boleh dipertingkatkan lagi. Oleh itu, anda akan memulakan pencarian anda dalam area of investigation yang berkaitan dengan topik multimedia dan science. Sebagai pelajar yang perlu membuat penyelidikan, anda akan bermula dengan mengetahui segala aspek yang berkaitan dengan topik dan area of investigation anda. Jadi, sebagai permulaan, perkataan multimedia dan science akan menjadi kata kunci pencarian anda.

Sumber: Dr Othman Talib
Dari : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL