no comments

Bagaimana Membuat Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan

Bagaimana Membuat Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan

Antara persoalan yang diajukan oleh individu yang mahu melanjutkan pelajaran ialah bagaimana membuat pengeluaran KWSP untuk pendidikan. Wang KWSP akaun 2 kita boleh dikeluarkan bagi tujuan pendidikan untuk ahli / anak ahli yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya.

Bagaimana Mengeluarkan Duit KWSP untuk Pendidikan

Ini bermakna, kita boleh menyambung pelajaran di peringkat Sarjana selepas bekerja dalam suatu tempoh masa. Tujuan sebenar pengeluaran ini ialah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli
(termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Apabila kita bekerja, majikan akan menyumbang sebanyak 13% dan tambahan gaji kita sebanyak 11% akan disimpan didalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini bermakna jika kita telah bekerja selama lima tahun dengan gaji RM2000, RM480 sebulan disimpan didalam KWSP dan sebanyak RM28,800 telah tersimpan.

*Ada perbezaan bagi individu yang gajinya RM5000 ke bawah dan diatas RM5000. Bagi yang gajinya RM5000 ke atas, sumbangan majikan keatas KWSP pekerja ialah 12% (berbanding 13%).

Daripada RM28,800 ini, akaun KWSP kita akan dibahagikan kepada dua iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 mengikut pecahan seperti berikut: 70% untuk Akaun 1; 30% untuk Akaun 2. Maksudnya kini kita ada RM20,160 di akaun 1 dan RM8640 di akaun 2.

Mengeluarkan Wang KWSP untuk Pendidikan

Wang yang boleh dikeluarkan untuk membiayai kos pendidikan kita hanya dari akaun 2 KWSP kita sahaja.

Ini adalah syarat-syarat untuk bagaimana membuat pengeluaran KWSP untuk pendidikan.

1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
2. Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.
3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

 

Program Pengajian Yang Dibenarkan

Ahli / anak ahli telah mendaftar untuk pengajian akademik / professional / kemahiran / vokasional di IPT yang
dibenarkan.
Senarai IPTA/S yang dibenarkan boleh disemak disini.

Kategori Pengajian

  • IPT dalam negara – secara sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais yang diluluskan.
  • IPT luar negara – Pengajian sepenuh masa sahaja.

Kategori Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan ialah:

  • Pengeluaran untuk diri sendiri bagi membiayai yuran pengajian ATAU menyelesaikan baki pinjaman pendidikan.
  • Pengeluaran bersama suami / isteri bagi membiayai yuran pengajian anak.
  • Pengeluaran bersama suami / isteri bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak.

Mengeluarkan KWSP untuk Pendidikan

Apakah Definisi Yuran Pengajian?
Ianya adalah semua jenis bayaran yang dikenakan oleh IPT termasuk yuran hostel dan kos tiket penerbangan sehala ketika
mendaftar di tahun pertama.

Apakah Kekerapan Pengeluaran Wang KWSP untuk Pendidikan

  • Setiap semester ATAU setiap tahun bagi ahli DAN / ATAU bagi setiap seorang anak.
  • Dalam masa setahun dari tarikh tamat pengajian bagi bayaran yang tertunggak di IPT.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk membuat pengeluaran wang KWSP :

  1. Pergi ke mana-mana pejabat KWSP berhampiran dan isi borang untuk membuat pengeluaran wang.
  2. Kita perlu mendapatkan surat pengesahan daripada tempat kita mahu belajar. Ini bermakna kita sudah diterima untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.
  3. Invois jumlah pengajian mengikut semester diserahkan kepada pihak KWSP.
  4. Kita boleh membuat pilihan samada mahu wang dimasukkan kedalam akaun universiti atau akaun bank kita.
  5. Jumlah yang boleh dikeluarkan samada jumlah pada invois ataupun wang yang kita ada sahaja (yang mana lebih rendah).
  6. Keputusan peperiksaan semester lepas perlu dihantar kepada KWSP bagi tujuan pengeluaran wang semester hadapan.

Bayaran Dalam Malaysia
1. Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

  • Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN
  • Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
  • Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
  • Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank

Bayaran Luar Malaysia
2. Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing.

Jenis matawang adalah seperti berikut :-

  • Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada
    disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
  • Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam
    senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran wang KWSP untuk pendidikan

1. Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL)
2. Salinan dokumen pengeluaran diri (jika bukan pemegang MyKad)
3. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank
semasa membuat permohonan)
4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

Paling mudah sebenarnya, Tuan/Puan boleh menghubungi:-

  • Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
  • Pusat Pengurusan Perhubungan. Tel: 03-8922 6000
  • Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.mySila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan
    dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat
    lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.

Proses pengeluaran wang KWSP untuk pendidikan mengambil masa tujuh (7) hari bekerja dan sangat mudah dan pantas!

Lebih bacaan tentang cara pengeluaran wang untuk pendidikan di link ini.

Sejak Oktober 2013 MPWS Proofreading beroperasi menyediakan servis proofread Malaysia kepada syarikat, organisasi, persatuan, para graduan post-graduates dan usahawan di Malaysia dan luar Malaysia.

Dengan tagline ‘ Your No#1 Trusted Proofreading Service in Malaysia’, MPWS Proofreading terus melangkah bangga menyediakan servis proofread Malaysia untuk semua individu yang memerlukan.

Khidmat Proofreading Malaysia

MPWS Rich Proofreading was established in December 2013.

The company specializes in proofreading, editing and translation services and cater mainly for organizations, institutions, companies, business owners, entrepreneurs, and private or government agencies who need assistant to improve or translate their manuscripts.

We also cater the needs of postgraduate students, academicians and other members of the higher learning institutes (local and abroad).

 

 

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL