no comments

Bagaimana Mahu Memahami Thesis Statement

Katakan anda telah mula membuat pembacaan untuk mendapatkan gambaran penggunaan animasi dalam topik kajian anda, iaitu pendidikan sains / kimia. Berikut adalah gambaran awal yang anda perolehi dalam kajian anda.

  • Dalam sistem pendidikan khususnya pendidikan sains, kelebihan dan potensi aplikasi animasi perlu dimanfaatkan.

 

  • Aplikasi animasi dalam pendidikan mengundang kajian-kajian dilakukan untuk justifikasikan potensi dan aplikasi animasi.

 

  • Banyak kajian-kajian lepas lebih fokus kepada aplikasi animasi sedia ada dipasaran, bukan dibina berasaskan sesuatu teori yang khusus dan terbukti berkesan.

 

  • Kajian-kajian lepas juga dijalankan bagi mengetahui keberkesanan animasi dalam mempermudahkan pemahaman pelajar dalam perbagai subjek sains dan subjek bukan sains.

 

  • Teori utama yang sering menjadi rujukan berkaitan aplikasi animasi sebagai elemen dalam multimedia adalah Multimedia Learning Theory oleh Mayer (Mayer, 2005, 2008; Moreno & Mayer, 1999)

 

  • Malangnya teori ini hanya melibatkan konsep sains yang mudah, sedang isu utama dalam pendidikan sains juga melibatkan salah faham konsep (misconception) dan kesukaran pelajar memahami konsep yang mudah ke konsep yang lebih abstrak dan bersifat dinamik (conceptual change) dalam topik-topik yang lebih kompleks seperti elektrokimia dan termokimia (debatable claim that need to be proved). Isu ini membawa kepada wujudnya keperluan menjalankan kajian untuk mengetahui potensi animasi dalam mengatasi isu miskonsepsi dan conceptual change

 

  • Jadi, apa teori yang boleh guna? Kajian ini perlukan satu teori yang lebih releven dengan miskonsepsi dan conceptual change seperti teori konstruktivis (pembinaan pengetahuan dari yang mudah kepada yang lebih sukar) yang lebih releven walaupun dijalankan dalam kajian yang tidak melibatkan animasi.

 

  • Teori konstruktivis pula ada dua iaitu konstruktivis kognitif (Piaget) dan konstruktivis sosial (Vygotsky) serta rujukan kepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan thesis statement yang perlu dipertahankan.

 

  • Namun begitu, Multimedia Learning Theory juga perlu dikupas sebagai teori yang boleh diperkuatkan dengan teori kognitif dan sosial konstruktivis yang digunakan dalam kajian.

Beginilah cara thesis statement boleh dirumus dari pemahaman anda dalam senarai di atas:

The use of animation in teaching chemistry (topic) has a great potential to enhance students’ conceptual change in understanding the abstract and dynamic concepts (debatable claim); therefore the computer-animated instruction should be developed based on constructivist theory and implemented in teaching electrochemistry (propose).

Anda juga boleh memberikan skop (bergaris) kepada thesis statement ini supaya lebih spesifik untuk kajian anda:

The use of animation in teaching electrochemistry (topic) has a great potential to enhance Form Four students’ conceptual change in understanding the abstract and dynamic concepts of electrolysis (debatable claim); therefore the computer-animated instruction should be developed based on constructivist theory and implemented for teaching Electrochemistry topic (propose).

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL