no comments

Bagaimana Cara Tulis Tajuk Tesis Yang Baik?

1. Soalan yang diatas menggambarkan betapa siswazah “kita” masih tidak menguasai wpun perkara asas sebelum terjun ke alam master / PhD. Soalan ini samalah (wpun tak serupa) seperti “Bro, isteri kesayangan saya nak lahirkan anak pertama…. macamana nak cari nama yang baik utk anak saya ni?”. Soalan ini releven jika ditanya 30 tahun dulu, sebab dulu2 mana ada buku senarai nama anak2… main ikut sedap mulut jer… akibatnya ada yang namakan anak mereka Mat (Muhammad) atau Peah (Rafeah). La ni dah glamer dah…. banyak buku, malah senarai dalam internet pun anda….sampai ada anak yang bernama Nasyrah Natasha Naim binti Muhammad Iqbal Jamalullail !!

2. Saya tak sampai hati…. saya jawab jugalah pertanyaan tersebut…

Contohnya tajuk berikut (dummy dan rekaan saya sahaja) APLIKASI STRATEGI NMEMONIK DAN KESANNYA TERHADAP PRESTASI BIOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA SAINS DI NEGERI MELAKA

Ciri 1: Catchy dan dapat menarik minat

Tajuk ini sekurang-kurangnya menarik minat golongan pendidik serta mereka yang berada dalam dunia pendidikan sains. Jgn sampai mereka dalam bidang yang samapun menyampah dengan tajuk atau menganggapnya dah basi !! Nanti bila nak present paper, tak sapapun nak dengar… tak ke haru!!

Ciri 2: Mempunyai kata kunci atau terminologi atau istilah utama yang selari dengan istilah penyelidikan semasa Kata kunci “mnemonik” bersifat semasa dalam pendidikan sains bagi memudahkan pencarian rujukan. Jangan guna perkataan sendiri ikut suka hati anda seperti strategi “menghafal”…Giler nanti nak cari kata kunci tersebut dalam journal sebab terlalu umum !!

Ciri 3: Menyatakan subjek kajian Ini kena appear dalam tajuk iaitu “Pelajar Tingkatan Lima”. Jika ini tak ada.. cuba tengok…. sure kena sembur dengan SV anda – tak caya, buat lah !!

Ciri 4: Menyatakan variable yang terlibat Teknik Mnemonik – IV Prestasi Biologi – DV Dengan adanya IV dan DV, lebih jelaslah tajuk anda.

Ciri 5: Nyatakan pendekatan kajian Kajian kuantitif ini mengkaji kesan IV (teknik mnemonik) terhadap prestasi biologi (DV) menunjukkan kajian kuantitatif akan dijalankan

Ciri 6: Menyatakan skop dan focus kajian Kajian memberi fokus kepada hanya teknik mnemonik sebab terlalu banyak teknik2 mengingat dengan dgn skop hanya kepada subjek Biologi utk pelajar Ting 5 di Melaka.

Ciri 7: Hadkan tak lebih 20 patah perkataan Tajuk paling baik adalah yang pendek dan catchy. Tapi itu lebih sesuai untuk artikel. Thesis perlukan tajuk yang lebih jelas dahulu dan tak pula menjela2 sampai semput nak menyebut dan menulisnya. Apapun, itu hanya panduan umum untuk anda. Lain bidang mungkin lain pula cirinya. Tapi jika ikut panduan selalunya selamat…AMIN!

Sumber : drotspss.blogspot

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL