no comments

Bagaimana Cara Penyimpanan Fail Melalui Pengunaan Aplikasi Mendeley

Mendeley menggunakan pendekatan synchronization, iaitu berlaku perubahan selari antara entiti Mendeley Desktop dan Mendeley Web apabila berada dalam persekitaran Wi-Fi atau Internet. Synchronization boleh berlaku secara automatik, atau jika perlu, anda boleh klik Sync .

😎    Bagaimana proses ini berlaku ?

Katakan anda memasang dua Mendeley Desktop pada komputer A dan B serta Mendeley Web yang boleh                      dibuka di kedua-dua komputer melalui Internet. Secara prinsipnya, synchronization berlaku dengan memastikan hanya proses kemas kini yang terakhir sahaja akan dipaparkan oleh Mendeley Desktop ( komputer A dan B ) dan Mendeley Web,  dengan syarat kesemua komputer berada dalam persekitaran Wi-FI atau mempunyai sambungan Internet .

Katakan anda memadam dua fail PDF, X dan Y pada Mendeley Web dan apabila anda membuka komputer A dan B, maka anda akan mendapat My Library yang telah pun dikemaskini tanpa dua fail X dan Y tersebut. Jika anda dapati tiada perubahan, anda boleh klik Sync pada Mendeley Desktop anda.

Hal yang sama jika anda ingin memadam atau menambah fail PDF dalam mana-mana Mendeley Desktop. Katakan anda memadam dua fail PDF pada Mendeley Desktop komputer A. Apabila anda sync di Mendeley Desktop komputer B, anda akan mendapat fail yang telah dikemas kini sama seperti dalam Mendeley Desktop komputer A. Begitu juga pada Mendeley Web yang secara automatik akan ‘sync’ dan memaparkan fail yang telah dikemaskini.

 

 

😎    Dimanakah fail tersebut disimpan ?

 

Katakan PDF, disimpan apabila anda menambahnya dalam Mendeley Desktop ataupun Mendeley Web ? Mendeley sebenarnya tidak menyalin mana-mana fail PDF ke dalam Mendeley Desktop mahupun Mendeley Web. Mendeley hanya menyimpan ‘pathway’ atau laluan fail PDF tersebut ke mana sahaja tempat simpanan anda, sama ada dalam folder hard disk ataupun folder Dropbox anda sebelum anda import fail tersebut ke dalam Mendeley.

Ini bermakna, jika anda memadam atau membuat perubahan pada nama fail dalam folder asal tersebut, maka anda  tidak akan dapat dapat membuka fail tersebut lagi dalam Mendeley Desktop mahupun Mendeley Web. Ingat, Mendeley tidak menyalin mana-mana fail ke dalam Mendeley Desktop mahupun Mendeley Web tetapi sebaliknya hanya mengekalkan ‘pathway’ fail tersebut daripada folder asal sebelum diimport ke Mendeley. Ini menjadikan perisian Mendeley mudah dikendalikan.

Oleh itu, sayugia diingatkan supaya apa sahaja fail yang ada ingin import ke Mendeley hendaklah disimpan dalam satu folder sahaja bagi memudahkan anda membuat semakan. Walaupun anda boleh menggunakan lebih daripada satu komputer kerana adanya fungsi sync pada Mendeley Desktop dan Mendeley Web, namun adalah lebih praktikal menggunakan hanya satu komputer penulisan tesis anda supaya anda tidak pening.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL