no comments

BAGAIMANA CARA MUDAH UNTUK MENYUSUN RUJUKAN (REFERENCE) DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI MENDELEY

                          Perisian Mendeley sebagai “Reference Manager” Dalam Penulisan Tesis?

Reference Manager adalah perisian yang juga dikenali sebagai Citation Manager atau Bibliographic Manager software. Ini bermakna Reference Manager adalah perisian yang fungsi utamanya ialah mengurus petikan dengan nama pengarang dan menyediakan senarai rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku, bab dalam buku, artikel jurnal dan petikan daripada sumber Internet.

Diantara kelebihan “Mendeley” adalah:

✔ Membantu penulis dalam pencarian reference secara online

✔ Paparan penuh sticky notes dan text highlighting

✔ Membantu mengekstrak meta data dari fail PDF

✔ Membantu pencarian “author”, “titles”, “tag” dan “note”

✔ Sychronization dan back up data menerusi komputer

✔ Mengimport sumber daripada Google Scholar, PubmED, Papers

✔ Eksport fail BibTex, import dari EndNote

✔ Menyusun sumber rujukan mengikut format yang penulis inginkan dengan hanya sekali click sahaja

Prinsip Reference Manager agak mudah. kita cuma perlu masukkan butiran rujukan sebagai rekod buat pertama kali ke dalam Reference Manager, dan sumber ini boleh digunakan berulang kali dalam penulisan ilmiah mengikut stail format yang telah anda pilih. Reference Manager ini akan menjana penulisan petikan dengan nama pengarang dalam perenggan dan juga menjana senarai rujukan. Rujukan yang telah direkodkan akan disimpan menjadi pengkalan data dalam simpanan komputer peribadi kita.

Perisian Mendeley mampu membantu calon Sarjana / PhD membentuk stail penulisan petikan dengan nama pengarang (citation) serta rujukan (reference/ bibliography) dengan betul dan konsisten.

Adalah penting kepada calon Sarjana / PhD untuk MEMPELAJARI perisian Mendeley dalam membuat reference peringkat pertengahan dan peringkat akhir tesis nanti.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL