no comments

AUTHORSHIP – CONFLICT OF INTEREST ?

Ramai supervisee tidak kisah pun lalu membenarkan (secara sedar atau tidak) individu lain untuk menjadi penulis pertama (first author) bagi artikel kajian yang mereka tulis untuk penerbitan jurnal.

Isu siapa patut jadi first author apabila menulis artikel untuk jurnal perlu ditangani dengan tenang, jujur tanpa perlu mengundang konflik. Dalam hal ini, saya ingin berkongsi pendapat dengan semua supervisee yang bakal menjadi SUPERVISOR beberapa prinsip utama dalam penentuan first author bagi artikel hasil kajian supervisee peringkat Master / PhD. Prinsip ini perlu difahami dengan hati terbuka demi etika sebagai academician.

Pertama:

Baca sekiranya ada…. peraturan, prinsip atau apa sahaja bahan bercetak yang di keluarkan oleh IPTA anda berkaitan authorship. Jadikan ini sebagai panduan. Jika tidak ada (pelik jugak kalau tidak ada)… baca langkah kedua berikut.

Kedua:

Authorship bagi artikel sangat bergantung kepada sumbangan terbanyak adalah dari first author. Maka first author (namanya paling atas dalam senarai penulis dalam artikel) adalah seseorang yang (i) benar-benar telah menjalankan kajian dan (ii) benar-benar telah menulis artikel tersebut.

Dalam kes kajian peringkat PhD/ Master, tanpa perlu diragui bahawa first author adalah supervisee yang jalankan kajian yang bertanggungjawab menjalankan kajian, malah menjadi pra-syarat untuk menghantar jurnal bagi tujuan penerbitan, manakala SUPERVISOR adalah pengarang bersama kerana sumbangan sebagai penyelia. Adalah sangat JANGGAL dan MENGELIRUKAN jika SUPERVISOR menjadi first author bagi kajian master /PhD supervisee, sedang kajian, LR, data collection, analysis data, termasuk menulis manuskrip dilakukan oleh supervisee.

Ketiga:

Dalam masa yang sama, SUPERVISOR masih boleh menjadi corresponding author. Corresponding author adalah individu yang dipilih bagi bertanggungjawab kepada segala urusan perhubungan dengan penerbit jurnal atau sesiapa yang berminat dengan artikel tersebut.

Keempat:

First author boleh juga corresponding author, jika dia juga bertanggungjawab dalam semua urusan perhubungan dengan penerbitatau sesiapa yang berminat dengan artikel tersebut. Menjadi hak anda untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan jika anda diminta menjadi hanya penulis kedua (second author) atau seterusnya kepada semua artikel yang ANDA TULIS HASIL KAJIAN ANDA SENDIRI supaya tidak timbul manipulasi hasil kerja supervisee.

Sumber : Dr Othman Talib
Dari : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL