no comments

Aturan Pengarang Dan Authorship

Aturan Pengarang Dan Authorship

5 senario aturan nama pengarang dan penghargaan.
Ada tak dijelaskan dalam kelas Research methodology?

Senario 1
A buat kajian…. A tulis artikel dan B review sambil menambah idea memantapkan artikel menjadi lebih baik
A, B adalah pengarang (ikut susunan)

Senario 2
A dan B sama-sama buat kajian tetapi B yang siapkan artikel, sedang A tak buat apa-apa tentang artikel. C membantu meminjamkan salah satu instrument dari makmal.
B, A adalah pengarang (A dah beri intelectual contribution masa buat kajian).
C hanya dalam penghargaan

Senario 3
A, B, C mohon geran. Hanya A, B buat kajian, C tak terlibat kerana sibuk dll. A menulis artikel dan minta B membuat semakan analisis data.
A, B adalah pengarang.
Organisasi penyedia geran dalam penghargaan C tidak perlu wujud di mana-manapun..

Senario 4.
A, B, C buat kajian, C tulis artikel dibantu oleh A, B. Kemudian D diminta utk membantu beri cadangan kepada analisis data yang agak kompleks.
C, B, A , D adalah pengarang

Senario 5
A pelajar PhD / Master buat kajian then tulis artikel. Main Supervisor, X membantu memantapkan artikel, sedang co-SV, Y sejak awal tak sempat nak membantu lalu diminta jadi proofread – betulkan bahasa.
A,X adalah pengarang.
Y hanya dalam penghargaan

Jadi … keyword disini adalah – intellectual contribution Ini bermakna amalan…. ‘ko buat tulis nama aku dan aku buat tulis nama ko’ adalah satu amalan yang salah dan tidak beretika…. Ini belum yang letak nama suami, isteri, rakan taulan, awek, yang bukan sahaja tidak terlibat sedikitpun… malah bukan dalam bidang kajian artikel tersebut diterbitkan.

Tentu pelik jika ada satu artikel chemistry analisis dgn barisan pengarang, terselit satu nama pengarang dalam pendidikan kanak2 atau sejarah ! Bayangkan kalau artikel high impact sebelum publish ada VIVA cam thesis… panggil semua pengarang secara random?

Peringatan utk diri…

Sumber Dr OT

Dari Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL