no comments

Asas Kritikan Sorotan Literatur

  1. Bacaan yang releven

Sebelum memulakan penulisan kritis, anda mesti terlebih dahulu mempunyai bacaan yang releven dari sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer akan memberikan anda sorotan literatur yang mengandungi idea asas tentang teori yang melatari kajian anda dan kajian lain yang berkaitan. Pemahaman lanjut selepas itu boleh dibaca dalam sumber sekunder.

     2.   Teori yang releven

Artikel jurnal akan memberikan anda kepelbagaian teori yang mungkin sama tetapi dari perspektif kajian yang dilakukan oleh pelbagai penyelidik, tetapi anda perlu fokus kepada perkaitan antara teori yang anda pilih dengan apa yang bakal anda kaji. Anda perlu baca dan kupas supaya teori dalam kajian-kajian lepas bagi memantapkan teori kajian anda sendiri. Jika anda menggunakan teori ‘cognitive load’. maka teori ini perlu dikupas secara kritis hasil dari pembacaan artikel-artikel terkini.

3.   Penulisan Kritis

Sebagai contoh anda membuat kajian tentang pembinaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains yang sangat bergantung kepada perisian PowerPoint. Tulis sorotan literatur secara kritis bagi menyokong kajian anda yang ingin memasukkan elemen psikologi seperti stail belajar dalam pembinaan bahan multimedia.

Sumber Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL